Thursday, 25 August 2011

GANJIL di Bulan Puasa

Assalamualaikum...
  
1. Sunat berbuka puasa dengan buah kurma dengan kiraan GANJIL iaitu 1, 3 atau 5. Tapi agak melampau kalau korang bedal smpi 31, 33 atau 35.

2. Malam lailatulqadar dikatakan berlaku pada bilangan GANJIL 10 malam terakhir iaitu 21, 23, 25, 27 atau 29.
3. Pada malam lailatulqadar dikatakan akan berlaku sesuatu yang GANJIL pada orang-orang yang tertentu sahaja. Erk, faham je la sape orang tertentu tu ye.

4. Semayang terawikh biasanya akan dilakukan samada sebanyak 8 atau 20 rakaat dan disunatkn buat solat witir sama ada terus kat masjid, berimam atau buat masa kat rumah dan solat sunat witir akan dilakukan dengan bilangan rakaat GANJIL iaitu 1, 3, 7, 9 atau 11.

5. Lepas dah solat terawikh sama ada 8 atau 20 rakaat, sunat pulak buat witir yang bilangan nya GANJIL. Maka, jumlahnya jugak akan menjadi GANJIL, iaitu 11 atau 23 rakaat.
6. Yang keenam takde sebab entri ni tajuk dia GANJIL so, sampai 5 je.

. Stay Smile =) .

No comments:

Post a Comment