Saturday, 19 November 2011

tolong jangan jadi macam ni

Assalamualaikum...




aku harap aku tak jadi cam ni bila nak final. oke, jom study.


. Stay Smile =) .

Friday, 18 November 2011

Presentation or interview??

Assalamualaikum..


Aritu aku cakap nak update belog pasal presentation aku kan. hmm, present tak jadi pun -__-. Dr Azman masuk kelas tu, aku bukan main lagi berdebor nak present. aku terpk, aku tak kisah la kalau kena nyanyi sebab lebih masa pun, asal kan aku dapat markah terbaik. tapi tapi tapi, Dr masuk, panggil nama sorang-sorang  n soal pasal strategic management. bukan setakat soal tapi tanya lagi, tinggal kat mana, ayah kije pe, mak kije pe, siblings ada berapa and yang paling penting buah ati. aigoo, Dr nak go in depth la ni pasal student dia. sampai giliran aku, dia cam terkejut la sebab aku cakap mak n abah dah pencen masa aku umo 17 taun lagi. mula - mula tanya dok kat mana, lepas tanya soalan strategic, aku jawab la dengan penuh berhati - hati, habis jawab, tanya lak, buah ati u still belaja? aku pun, buat la muka siyes serta innocent cakap, saya takde buah ati. terkejut gak la kawan - kawan aku yang lain, cam pelik je sebab diorang ingat aku ade je buah ati. actually, i do have sweetheart, ramaaaaaii, yang terbaru, Zahratul Hannan. hehe. Aku pun terpikir lagi, arini bukan presentation tapi dah jadi interview. minggu depan la jawabnye aku present. waaaa, debor  nye.




ni lah sweetheart aku yang terbaru. she is beautiful. oke, bai 


. Stay Smile =) .

Tuesday, 15 November 2011

letih tapi happy

Assalamualaikum..


Hai, tawan - tawan. hari ni kan, sebenarnye kan, aku ni kan. letiiihh sangat taw sebab semalam aku tido lewat, ALHAMDULILLAH first draft untuk research aku dah siap tapi yang part aku je la. member aku yang lain pun dah siap. kitorang just tunggu nak combine je. aku pernah cakap kan, aku paling tak suka subjek ni tapi kan, pagi tadi aku rasa jadi berminat la sikit subjek ni. by hook or by crook, aku kena tanamkan gak minat aku kat research ni sebab aku ada impian nak sambung master and phD, insya Allah. kawan - kawan yang baik ati, tolong doa kan aku ye. terima kasih banyak - banyak. Semester depan pun aku akan buat thesis dan aku kena siapkan research proposal aku untuk master, insya Allah. tajuk dah ada dalam kepala and its all about economics ^__^. subjek research yang aku ambik sem ni sebenarnya satu permulaan kepada cabaran yang agak mencabar la bagi aku, buat research yang jarang - jarang orang buat so that, uni tu dapat amik aku as a master student. uni mane, aku still tak pasti lagi. Insya Allah, kalau la Allah bagi aku hayat yang panjang n Dia menginginkan aku ke sana, aku akan dapat. yang penting usaha dan doa aku kat Dia. tolong doakan aku ye. Allah ni Maha Pemurah, kalau kawan - kawan doakan aku, bukan aku je yang dapat, kawan - kawan pun akan dapat gak kelebihan dari Allah yang Maha Kaya.




esok ada presentation untuk strategic management, aku tak minat sangat sebenarnya tapi kena tanamkan minat sebab benda yang aku belaja sekarang ni, mungkin aku akan praktik pada masa akan datang. niat belaja kerana ALLAH, dapat ilmu dapat pahala. kalau present aku oke, aku update ag status esk. hehe.


p/s : sory, aku banyak guna prkatan kan ari ni. hehe. jangan mara aa, nt kena jual.


. Stay Smile =) .

Monday, 14 November 2011

continue malas. heh heh.

Assalamualaikum.

yeah. memang aku tak berubah. dah bermacam-macam cara aku buat untuk rajin siapkan assignment aku di awal waktu so that aku boleh study malam ni. tapi, memang aku tak berubah.
Malam ni pun still tak siap kije aku. nak tahu nape??? sebab aku TAK MINAT SUBJEK NI!
research methodology, aku tak minat lasuuumm. disebabkan aku amik business economy, aku kena amik jugak subjek yang berkait dengan bisnes. Nasib baek la kawan aku ni sangat menolong, dia post gamba ni kat group kitorang


motivated la sikit nak buat assignment last minute. ALHAMDULILLAH, siap dah. 

p/s : sebenarnye, tak siap 100% pun. memang kuat tol syaiton ni hasut aku T.T
ya Allah, kuatkan la iman hamba Mu ni T.T

.Stay Smile =).

Sunday, 13 November 2011

K.E.M.A.L.A.S.A.N


i think that picture already explain everything. ye, memang betol, sama, serupa, sejibik nga perangai aku. i got a lot of homework to do. got a lot of subject to be revised and now, i just wasting my time with these things. ugh! silly me. mcm2 benda aku buat tapi kerja tak siap2 pun. cane nak dekan gini??? final pun dah dekat. kawan2 yang boleh bagi tips, please, do give me ur tips. wuwu. ni sume syaiton punye pasal. berambus kau dari idup aku T.T




Kalau aku letak kata-kata semangat camni kt desktop korang rsa menjadi tak?

p/s : oke, done. plis, buat siap keje.




. Stay Smile =).

Saturday, 12 November 2011

11.11.11

Assalamualaikum...


Sebenonye, aku nak buat entry ni semalam sebab tarikh dia cantik. semalam dok gegey dalam fb tu pasal tarikh ni. memang cantik sebab tarikh ni jatuh pada hari jumaat which is hari yang penuh keberkatan aanndd, tarikh ni jugak hari kelahiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V :). semoga Allah panjangkan umo Sultan Kelantan. Abang aku pun sibuk la minggu ni sebab kena tunggu kat epot, jemput VIP, VVIP yang datang Kelantan sempena birthday Tengku Faris. semalam pun balik kul 12 malam. 2,3 hari ni, susah sikit nak tengok muka dia. hehe. 


Eh, semalam aku jadi bidan kucim yang tak bertauliah laaa.. hehe. sejarah ni. tetiba je semalam baby kucing aku sakit, tu pun anak sedara aku, panggil aku cakap anak kucing tetiba je mulut berair pahtu lembek. Aku yang tengah syok2 main tekken tu terus kuar tengok. memang dia lembek, sedih aku, mulut dia berair je, mata separuh terbuka, suare tak keluar and dia tak nak pun minum susu ibu dia. Aku takut dia nak mati je T.T. Aku tengok mulut dia in case ade pape ke dalam mulut dia sebab sebelum tu dia ada sekor semut masuk dalam telinga dia, menjerit dia, aku amik semut tu, aku bunuh. grrr, berani masuk dalam telinga anak aku kucim aku. Akak ipar aku ajar, try buat dia nangis kuat-kuat. Aku pun pukul bontot dia, cam pukul baby manusia lak -__-, mana la baby kucim tu nangis. huhu. aku takutkan dia, aku goyang-goyang biar dia takut and jerit panggil ibu dia. Then, ALHAMDULILLAH, berjaya. Mulut dia dah tak berair and dia pun dah boleh minum susu ibu dia. Sampai malam tu pun aku teringat lagi kat baby tu, aku teringat dia gelepar sakit telinga sebab ada semut and teringat mulut dia berair banyak. Aku kuar umah semalam nak tengok dia, aku tengok dia tido sampai ngigau. hehe, comey.


Aku cite kat sepupu aku, dia la bagi aku gelaran bidan kucim. hehe. takpe la, janji anak kucim aku sihat =)




yang ni la sakit, tapi masa ni dia dah tak sakit sebab asyik menjerit je bila aku pegang (TOLONG ABAIKAN GIGI RABIT N TANGAN TEDY BEAR AKU -__-). bulu dia tak hitam sepenuhnya taw, ada oren2 sikit, sama cam ibu dia.


masa ni sebab dia takut sangat, aku letak dia kat muka ibu dia

ni lah Purah. kucim aku yang tersangatlah manje.

Setakat ni lah dulu. aku nak g tengok baby kucim aku yang comel. 


Cam scary lak tengok yang itam ni. huhu. abaikan kain buyuk tu ye. thanx.

.Stay Smile =).

Tuesday, 8 November 2011

salam eid adha

Assalamualaikum.


Aku selalu je fikir, sampai umo berapa aku akan bernafas di atas muka bumi Allah ni. Aku bersyukur sebab Allah bagi aku peluang untuk terus hidup, menikmati kehidupan aku yang aku rasa amat bahagia, menjadi ibu kepada 16 orang anak sedare which will be 17 in January, insya ALLAH. semuanya comel - comel dan cerdik - cerdik. Alhamdulillah, aku boleh rasa lagi Aidiladha yang ke 23 ni. Aku ingat lagi masa kecik dulu, aku suka sangat ikut abang - abang aku tengok lembu kena sembelih. Masa kecik dulu, aku nakal, budak laki buli aku, aku sepak camtu je sampai lebam pipi dia. Bila cikgu tanya aku, aku cakap, dia yang buli saya, saya sepak la dia, cikgu. haha. last sekali, budak laki tu yang kena marah. heh heh. jahat tak aku? sapa suh buli aku.
Sekarang ni, aku dah tak pergi tengok orang sembelih lembu lagi dah. Malu la, orang laki ramai kat sana. kalau dulu takpe, aku pun dah rupa cam laki, ikot lak abang - abang aku dua orang tu. Raya tahun ni len sikit dari raya tahun lepas, aku pergi KB nga kakak dan adik aku bersama askar kecik aku dua orang. sebenarnya, kitorang nak pergi Tumpat, tengok akak aku yang bersalin bulan lepas. anak dia, sangat lah comey sampai aku rindu and tak sabar nak pergi tengok dia lagi.


.zahratul hannan.


comel sangat - sangat. masa aku pergi tengok dia raya pertama aritu, aku asek letak dia atas riba aku je. aku memang suke baby sebab diorang comel ^.^ but, i think when i have to take care of my own, it will be different than i took care of my nephews and nieces.
pernah jugak ada sorang askar kecik aku yang cerdik ni cakap, "kesian kat lembu - lembu. asal raya haji je, diorang kena sembelih". -__- takpe2, he still on a learning process. tadi pun ada je soalan dia tanya aku, "mak teh, minyak keta ni, orang buat dari ape?" haa, soalan ni confirm aku boleh jawab kan. hehe. he's adorable and he is my boboiboy <3 <3 <3

 memang tabiat bebudak kan, suke show off even psp ni ekceli pxp yg harga dia 100 hengget je. -_-

asal naik keta nak g kB je, mesti nak amik gambar. ^.^

Oke, honestly this year eid was ah-may-zing! raya kedua, aku dapat jupe amy, bff aku masa keje dulu but, ekceli sekarang pun aku akui amy adalah bff terbaiikkk (trademark boboiboy) sebenarnya aku suka gak bergambar tp aku takde la amik gambar nga kamera digital or dslr yang mahal tu, guna X5 aku je wat camwhore. janji, aku leh simpan banyak kenangan nga askar-askar kecik aku and bff aku yang len. n also, janji roockk!! (perlu ke yang rock tu. err -_-)
nak cite pasal askar kecik aku, memang tak habis sebab diorang ada perangai masing - masing yang kadang - kadang aku sebagai ibu ni, kuarkan suara yang kuat dan kadang - kadang sengeh sorang - sorang, mujur la takde orang cakap aku ni sakit mental sebab sengeh sorang-sorang. maybe next time bebeyh! stay tune nga belog meraban aku ni. hehe. 

.Stay Smile =).