Showing posts with label al kisah. Show all posts
Showing posts with label al kisah. Show all posts

Wednesday, 19 November 2014

Momo and oyeng



Assalamualaikum….

Aku bosan dok baca jornal n type review sikit. 

Rest jap, nanti nk pegi bayar ptptn husband lak jap agi... beli pasir kucing. 

Hmmm... aku dah ad kucing balik selepas setahun lebih Simba tinggal aku. 

Ingat dah taknak bela kucing tapi husband tgk aku ni obses sangat kot ngan kucing sampaikan kucing hitam sama kaler ngan tar bawah keta pun aku blh nampak.. ntah la, aku nampak je.. dia tu yang tak tengok keliling…

Masa bulan Mac tahun ni la, sempena bulan yang kitorg mula2 kenal dlu (anniversary la kot yg ke 2... ok, dah 2 tahun kitorg kawan rapaaatt sampaikan kitorg mmg xde kawan lain yang opposite gender sebab aku kuat jeles). Dia beli 2 ekor ni…
Momo ngan Oyeng
Masa tu dia beli Momo je kat aku.. Oyeng tu kucing kawan dia tapi kawan dia bagi aku jaga dulu sebab nak bagi Momo ad teman. Tapi Oyeng ni selalu je sakit, bulu2 dia gugur sampai dia botak. Ish, ak sentuh kulit dia pn gerun kot2 dia sakit... ada darah sikit sbb dok gaduh nga Momo je. Momo ni, kecik2 cili padi, Oyeng lagi besar dari dia, tapi kalau gaduh, Oyeng yg mengalah. pastu, aku la yang sapu2 minyak gamat kt tubuh si Oyeng tu. 
Momo dulu sama besar ngan tapak tangan aku je..

Oyeng masa aku mula-mula ambik aritu

Okey, sambung... sebab Oyeng sakit, aku bagi perhatian lebih la sikit. lagipun,  Momo ni tak berapa nak layan sgt aku. Tsk.... kalau aku panggil, dia gerak2 telinga je dah nasib baik.

Tengok laaa muka tu.. muka jual mahal la sangaatt.

Choi, bila dah kenyang baru nak datang sondol2 kepale dia kt kaki aku neh... kawan husband janji nak bagi Oyeng 2 bulan je tapi, aku mintak husband pujuuukkk kawan dia untuk bagi terus kat aku sbb dah teruk sangat Oyeng masa tu, cam tikus pun ada… 
Besar kan…. adik ipar aku panggil Buncit
Kesukaan Oyeng ni tidoooo je. cam garfield
Alhamdulillah dah tumbuh balik bulunya tp kat atas belakang tu still ada.. takpelah, Oyeng... hensem jugak...
Tapi....... Momo nga Oyeng ni bukan pengganti Simba... Simba tetap dalam ingatan aku.. semalam baru je aku nangis sebab teringat kat dia....... ikhlas cakap, aku harap boleh jumpa dia balik.. Harap Allah makbulkan doa aku. Insya Allah ..

Kesayangan aku neh

Dapat amik gambar camni pun kira dah nasib baik. hurrmm.. pape je lah Momo.

Okey lah, nak sambung buat kerja aku pulak. Nanti dah rajin, aku update lagi. muahahahaa

.Stay Smile =).

Monday, 25 June 2012

tragedi pada 25 june 2012

Assalamualaikum...


HEPI BESDAY TO MEEEEE!!!!


Sesungghnya, taun ni aku suka la nga besday aku ni kan. sehari sebelum besday, dah dpt hadiah, sehari selepas besday pun dapat jugak hadiah dari orang yang sama. :B


Epi la taun ni walaupun tak makan kek seperti taun2 lepas. Memang aku xpernah raikan besday aku since i was 16 years old T__T. sabor je la. takpe la, aku cukup bersyukur umur aku dipanjangkan sehingga 24 tahun utk aku sentiasa upgrade iman dan taqwa aku :')


Walaupun aku bersedih tak makan nasi 2 hari, aku hepi jugak sbb ada orang tu ingat besday aku. terharuuuu T__T. dia ingat pun sbb dia ingat paswod fesbuk aku. huhu. aku celebrate besday aku malam td pun nga megi T__T. cane nak makan nasi sebab tubuh aku letih, aku xde selera dh nak makan, aku ada selera utk tido je.


Selalunya, ari besday aku, aku dok umah kt kuala krai je. Tapi, taun ni, aku dok KB, get ready untuk final exam dan viva. bukan perodua viva tu, tp presentation research report aku. biasa nya, aku balik dengan bas kan aku sukaaaa sgt tertido atas bas. aku memang sangat bagus sebab naik bas selalu je tido. klu aku tdo kan, dekat2 nk smpi tu memang aku akan sedar dan tunggu utk turun. tapi arini....... T__T.. bas dah bawak aku sampi ke kampung mana ntah aku baru sedaar T__T. jauh lak tu. (kalau mak abah thu ni, confirm aku kena marah)
Aku pun xtahu camne aku leh jd xsedar, padahal tido ats bas je pun. makcik kat sebelah cakap, 
"jauh dh dik pintu geng nu, dok pendek doh ni." 
haaaa, sudah. patut la orang pun dh kurang dalam bas ni. tadi ramai je. masa aku kalut2 nak turun, mak cik tu suh aku turun kat sekolah. aku pegi la kt drebar bas nga muka bru bgn tdo + muka sedih cam kucing lapa nak makan frieskies. terkejut la abg drebar tu sebab dia ingat aku takde. dia cakap 
"eh, ado la dio. kito breti lamo dh kt rumoh dio td. dok sero doh ado tp xdok ore turun. tdo la tu."
ho laaahh,, ambo nero. nk buat rano. ambo ni mudoh nero. 


nasib baik la, ada orang sudi datang ambik aku. tapi, yang aku takut + serik nk tdo atas bas ni, masa aku dok tunggu drebar aku datang ambik, tetiba datang triton besa cam gajah mammoth singgah kat bus stop tempat aku tunggu tu, menawarkan diri untuk anta aku balik umah. waaaaaa, takutnyaa.. aku rasa kecik je msa cakap nga dia sbb takut sangat. tapi, aku yakin Allah ada dengan aku sbg pelindung utama aku, jadi Alhamdulillah tak jadi pape pun kat aku. dekat nga maghrib baru aku sampai rumah dengan selamat. 


tapi, aku rasa aku takkan serik. aku tetap akan tertido atas bas -___-'


sekian. wassalam.


. Stay Smile =) .

Tuesday, 14 February 2012

blog ku

Assalamualaikum..


Maaf la wahai belog ku, aku ni tak kreatif sangat dalam bab header2 ni. wuwuwuwuu T____T
Ni je yang termampu aku buat. Dah la tu, lama bebeno aku tak hupdate. Time ada idea, masa tu jugak la, aku ada kerja. Maaf ye, incik belog. Nanti aku hupdate. bye. Salam


. Stay Smile =) .

Sunday, 25 December 2011

Ujian...

Assalamualaikum...


Dah lama sangat aku x update kan. Banyak kerja la, esaimen, presentation, test. adoyai.
aku update arini, ad cite kat korang. Aku amik catatan sorang kawan aku yang sakit aritu. dia sakit mata je tp dia cakap kat aku, seksa sangat dia sakit. rasa macam nak mati la, rasa macam akan jadi buta la. ginilah catatan dia...


Mata aku, sakit sangat2 sampai aku terfikir, nak mati dah ke aku ni? aku rasa senak sangat2 kat mata aku, kepale aku, berdenyut2 dan teramat lah sakit bila aku tengok cahaya lampu. aku kena sentiasa dok dalam blik gelap. 2,3 hari lepas, aku langsung tak boleh nak bukak mata, sebab mata aku jadi silau dengan cahaya. hari khamis, 1/12/2011, aku pergi klinik. doktor cakap mata aku kena virus and it take 2 weeks to heal. aku rasa nak nangis sebab kurang dari sebulan dah nak final exam. assignment aku banyak bertimbun. aku mengeluh, menjerit, mata camni, cane nak buat kije???!!! mak aku marah sebab aku mengeluh. aku lari masuk bilik nangis sebab takde pun orang rasa betapa seksanye aku gini, mata kiri terpaksa tutup, mata kanan pun jadi layu terasa nak tutup jgk. Malam Jumaat, aku bersedih lagi sebab mata aku gatal-gatal bila bukak. tapi, aku fikir, yasiin memang dah dalam kepale aku 70%, aku cube jugak bace, klu tak ingat tgk sikit kat quran. kalau ditakdirkan aku buta, aku tak leh baca Qurann lagi dah. aku tertido sebelum isya', dalam kul 9.30 aku tersedar, try bukak mata. jadi makin teruk! bila aku bukak je mata, kepale aku teramat lah sakit, mata aku sangat la senak tambah ak bila aku tengok cahaya lampu, aku rasa nak jerit kuat2 nak ckp betapa sakitnya mata aku ni. sakit sangat, nak msg nga kawan aku pn kena pakai spek itam sbb aku xleh tgk cahaya. agak lucu tapi, sakit T.T. laptop memang aku tak leh nak hadap dah sebab mata aku sakut.
aku sedih sebab sakit gini buat aku xleh study, xleh buat assignment tapi, bila aku fikir balik, aku BERTUAH, Allah bagi ujian kat aku, aku bertuah sebab aku disayangi Allah dengan dapat ujian gini. dengan dapat sakit gini, dosa-dosa kecil aku terhapus, maknanya Allah sayang aku, Dia nak dosa-dosa aku terhapus. bila fikir camni, aku tak nak dah mengeluh, aku nak sabar sebab aku memang nak Allah uji kesabaran aku, sebab tu tandanya Allah sayang aku dan aku tahu, setiap ujian, ada hikmahnya. Terima Kasih, Allah.


camtu la cite dia. Insaf aku bila bace. memang betol, bila kita sakit, dosa-dosa kecil akan terhapus. kak long aku cakap, kalau kita sakit, kita kena sentiasa ucap Astaghfirullah sbb sakit tu penghapus dosa. So, korang2 kena ingat ye, bila sakit jangan mengeluh tapi, sentiasa beristighfar. 


. Stay Smile =) .

Saturday, 19 November 2011

tolong jangan jadi macam ni

Assalamualaikum...




aku harap aku tak jadi cam ni bila nak final. oke, jom study.


. Stay Smile =) .

Friday, 18 November 2011

Presentation or interview??

Assalamualaikum..


Aritu aku cakap nak update belog pasal presentation aku kan. hmm, present tak jadi pun -__-. Dr Azman masuk kelas tu, aku bukan main lagi berdebor nak present. aku terpk, aku tak kisah la kalau kena nyanyi sebab lebih masa pun, asal kan aku dapat markah terbaik. tapi tapi tapi, Dr masuk, panggil nama sorang-sorang  n soal pasal strategic management. bukan setakat soal tapi tanya lagi, tinggal kat mana, ayah kije pe, mak kije pe, siblings ada berapa and yang paling penting buah ati. aigoo, Dr nak go in depth la ni pasal student dia. sampai giliran aku, dia cam terkejut la sebab aku cakap mak n abah dah pencen masa aku umo 17 taun lagi. mula - mula tanya dok kat mana, lepas tanya soalan strategic, aku jawab la dengan penuh berhati - hati, habis jawab, tanya lak, buah ati u still belaja? aku pun, buat la muka siyes serta innocent cakap, saya takde buah ati. terkejut gak la kawan - kawan aku yang lain, cam pelik je sebab diorang ingat aku ade je buah ati. actually, i do have sweetheart, ramaaaaaii, yang terbaru, Zahratul Hannan. hehe. Aku pun terpikir lagi, arini bukan presentation tapi dah jadi interview. minggu depan la jawabnye aku present. waaaa, debor  nye.




ni lah sweetheart aku yang terbaru. she is beautiful. oke, bai 


. Stay Smile =) .

Tuesday, 15 November 2011

letih tapi happy

Assalamualaikum..


Hai, tawan - tawan. hari ni kan, sebenarnye kan, aku ni kan. letiiihh sangat taw sebab semalam aku tido lewat, ALHAMDULILLAH first draft untuk research aku dah siap tapi yang part aku je la. member aku yang lain pun dah siap. kitorang just tunggu nak combine je. aku pernah cakap kan, aku paling tak suka subjek ni tapi kan, pagi tadi aku rasa jadi berminat la sikit subjek ni. by hook or by crook, aku kena tanamkan gak minat aku kat research ni sebab aku ada impian nak sambung master and phD, insya Allah. kawan - kawan yang baik ati, tolong doa kan aku ye. terima kasih banyak - banyak. Semester depan pun aku akan buat thesis dan aku kena siapkan research proposal aku untuk master, insya Allah. tajuk dah ada dalam kepala and its all about economics ^__^. subjek research yang aku ambik sem ni sebenarnya satu permulaan kepada cabaran yang agak mencabar la bagi aku, buat research yang jarang - jarang orang buat so that, uni tu dapat amik aku as a master student. uni mane, aku still tak pasti lagi. Insya Allah, kalau la Allah bagi aku hayat yang panjang n Dia menginginkan aku ke sana, aku akan dapat. yang penting usaha dan doa aku kat Dia. tolong doakan aku ye. Allah ni Maha Pemurah, kalau kawan - kawan doakan aku, bukan aku je yang dapat, kawan - kawan pun akan dapat gak kelebihan dari Allah yang Maha Kaya.




esok ada presentation untuk strategic management, aku tak minat sangat sebenarnya tapi kena tanamkan minat sebab benda yang aku belaja sekarang ni, mungkin aku akan praktik pada masa akan datang. niat belaja kerana ALLAH, dapat ilmu dapat pahala. kalau present aku oke, aku update ag status esk. hehe.


p/s : sory, aku banyak guna prkatan kan ari ni. hehe. jangan mara aa, nt kena jual.


. Stay Smile =) .

Monday, 14 November 2011

continue malas. heh heh.

Assalamualaikum.

yeah. memang aku tak berubah. dah bermacam-macam cara aku buat untuk rajin siapkan assignment aku di awal waktu so that aku boleh study malam ni. tapi, memang aku tak berubah.
Malam ni pun still tak siap kije aku. nak tahu nape??? sebab aku TAK MINAT SUBJEK NI!
research methodology, aku tak minat lasuuumm. disebabkan aku amik business economy, aku kena amik jugak subjek yang berkait dengan bisnes. Nasib baek la kawan aku ni sangat menolong, dia post gamba ni kat group kitorang


motivated la sikit nak buat assignment last minute. ALHAMDULILLAH, siap dah. 

p/s : sebenarnye, tak siap 100% pun. memang kuat tol syaiton ni hasut aku T.T
ya Allah, kuatkan la iman hamba Mu ni T.T

.Stay Smile =).

Sunday, 13 November 2011

K.E.M.A.L.A.S.A.N


i think that picture already explain everything. ye, memang betol, sama, serupa, sejibik nga perangai aku. i got a lot of homework to do. got a lot of subject to be revised and now, i just wasting my time with these things. ugh! silly me. mcm2 benda aku buat tapi kerja tak siap2 pun. cane nak dekan gini??? final pun dah dekat. kawan2 yang boleh bagi tips, please, do give me ur tips. wuwu. ni sume syaiton punye pasal. berambus kau dari idup aku T.T




Kalau aku letak kata-kata semangat camni kt desktop korang rsa menjadi tak?

p/s : oke, done. plis, buat siap keje.




. Stay Smile =).

Saturday, 12 November 2011

11.11.11

Assalamualaikum...


Sebenonye, aku nak buat entry ni semalam sebab tarikh dia cantik. semalam dok gegey dalam fb tu pasal tarikh ni. memang cantik sebab tarikh ni jatuh pada hari jumaat which is hari yang penuh keberkatan aanndd, tarikh ni jugak hari kelahiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V :). semoga Allah panjangkan umo Sultan Kelantan. Abang aku pun sibuk la minggu ni sebab kena tunggu kat epot, jemput VIP, VVIP yang datang Kelantan sempena birthday Tengku Faris. semalam pun balik kul 12 malam. 2,3 hari ni, susah sikit nak tengok muka dia. hehe. 


Eh, semalam aku jadi bidan kucim yang tak bertauliah laaa.. hehe. sejarah ni. tetiba je semalam baby kucing aku sakit, tu pun anak sedara aku, panggil aku cakap anak kucing tetiba je mulut berair pahtu lembek. Aku yang tengah syok2 main tekken tu terus kuar tengok. memang dia lembek, sedih aku, mulut dia berair je, mata separuh terbuka, suare tak keluar and dia tak nak pun minum susu ibu dia. Aku takut dia nak mati je T.T. Aku tengok mulut dia in case ade pape ke dalam mulut dia sebab sebelum tu dia ada sekor semut masuk dalam telinga dia, menjerit dia, aku amik semut tu, aku bunuh. grrr, berani masuk dalam telinga anak aku kucim aku. Akak ipar aku ajar, try buat dia nangis kuat-kuat. Aku pun pukul bontot dia, cam pukul baby manusia lak -__-, mana la baby kucim tu nangis. huhu. aku takutkan dia, aku goyang-goyang biar dia takut and jerit panggil ibu dia. Then, ALHAMDULILLAH, berjaya. Mulut dia dah tak berair and dia pun dah boleh minum susu ibu dia. Sampai malam tu pun aku teringat lagi kat baby tu, aku teringat dia gelepar sakit telinga sebab ada semut and teringat mulut dia berair banyak. Aku kuar umah semalam nak tengok dia, aku tengok dia tido sampai ngigau. hehe, comey.


Aku cite kat sepupu aku, dia la bagi aku gelaran bidan kucim. hehe. takpe la, janji anak kucim aku sihat =)




yang ni la sakit, tapi masa ni dia dah tak sakit sebab asyik menjerit je bila aku pegang (TOLONG ABAIKAN GIGI RABIT N TANGAN TEDY BEAR AKU -__-). bulu dia tak hitam sepenuhnya taw, ada oren2 sikit, sama cam ibu dia.


masa ni sebab dia takut sangat, aku letak dia kat muka ibu dia

ni lah Purah. kucim aku yang tersangatlah manje.

Setakat ni lah dulu. aku nak g tengok baby kucim aku yang comel. 


Cam scary lak tengok yang itam ni. huhu. abaikan kain buyuk tu ye. thanx.

.Stay Smile =).

Tuesday, 8 November 2011

salam eid adha

Assalamualaikum.


Aku selalu je fikir, sampai umo berapa aku akan bernafas di atas muka bumi Allah ni. Aku bersyukur sebab Allah bagi aku peluang untuk terus hidup, menikmati kehidupan aku yang aku rasa amat bahagia, menjadi ibu kepada 16 orang anak sedare which will be 17 in January, insya ALLAH. semuanya comel - comel dan cerdik - cerdik. Alhamdulillah, aku boleh rasa lagi Aidiladha yang ke 23 ni. Aku ingat lagi masa kecik dulu, aku suka sangat ikut abang - abang aku tengok lembu kena sembelih. Masa kecik dulu, aku nakal, budak laki buli aku, aku sepak camtu je sampai lebam pipi dia. Bila cikgu tanya aku, aku cakap, dia yang buli saya, saya sepak la dia, cikgu. haha. last sekali, budak laki tu yang kena marah. heh heh. jahat tak aku? sapa suh buli aku.
Sekarang ni, aku dah tak pergi tengok orang sembelih lembu lagi dah. Malu la, orang laki ramai kat sana. kalau dulu takpe, aku pun dah rupa cam laki, ikot lak abang - abang aku dua orang tu. Raya tahun ni len sikit dari raya tahun lepas, aku pergi KB nga kakak dan adik aku bersama askar kecik aku dua orang. sebenarnya, kitorang nak pergi Tumpat, tengok akak aku yang bersalin bulan lepas. anak dia, sangat lah comey sampai aku rindu and tak sabar nak pergi tengok dia lagi.


.zahratul hannan.


comel sangat - sangat. masa aku pergi tengok dia raya pertama aritu, aku asek letak dia atas riba aku je. aku memang suke baby sebab diorang comel ^.^ but, i think when i have to take care of my own, it will be different than i took care of my nephews and nieces.
pernah jugak ada sorang askar kecik aku yang cerdik ni cakap, "kesian kat lembu - lembu. asal raya haji je, diorang kena sembelih". -__- takpe2, he still on a learning process. tadi pun ada je soalan dia tanya aku, "mak teh, minyak keta ni, orang buat dari ape?" haa, soalan ni confirm aku boleh jawab kan. hehe. he's adorable and he is my boboiboy <3 <3 <3

 memang tabiat bebudak kan, suke show off even psp ni ekceli pxp yg harga dia 100 hengget je. -_-

asal naik keta nak g kB je, mesti nak amik gambar. ^.^

Oke, honestly this year eid was ah-may-zing! raya kedua, aku dapat jupe amy, bff aku masa keje dulu but, ekceli sekarang pun aku akui amy adalah bff terbaiikkk (trademark boboiboy) sebenarnya aku suka gak bergambar tp aku takde la amik gambar nga kamera digital or dslr yang mahal tu, guna X5 aku je wat camwhore. janji, aku leh simpan banyak kenangan nga askar-askar kecik aku and bff aku yang len. n also, janji roockk!! (perlu ke yang rock tu. err -_-)
nak cite pasal askar kecik aku, memang tak habis sebab diorang ada perangai masing - masing yang kadang - kadang aku sebagai ibu ni, kuarkan suara yang kuat dan kadang - kadang sengeh sorang - sorang, mujur la takde orang cakap aku ni sakit mental sebab sengeh sorang-sorang. maybe next time bebeyh! stay tune nga belog meraban aku ni. hehe. 

.Stay Smile =).

Sunday, 2 October 2011

entri ketika letih

Assalamualaikum.


sekarang ni memang aku tengah letih sebab hari-hari aku excercise naik turun tangga kat kampus pahtu, nak balik plak, berkejaran la aku mengejar bas. Tapi, kenapa kenapa dan kenapa lagi badan aku tak reti-reti nak kurus?? macam beruang kutub pun ada aku rasa. T____T.
hhhmmm.. sabo je la. 


Time letih dan sibuk dengan assignment ni, aku teringat la masa cuti 4 bulan dulu kan. Bersenang lenang dan berusaha untuk menambah lemak dengan nasi yang dimakan 4 kali sehari. sekarang dah jadi beruang kutub. Sambil maen2, tgk katun dengan kupang dan kemangi, er, nama len untuk ipan n ani (marah btol ipan bila panggil dia cik kupang), bestnye, rasa cam nak putar balik ke masa cuti 4 bulan. Bila masuk sem ni, rasa macam 24 jam tu tak cukup pun. Minggu ni pun dah masuk minggu ke empat, jadual kelas still clash, assignment semakin membukit dah telah membuktikan bahawasanya aku sekarang di degree sem 5. bukan lagi diploma sem 5. diploma dulu takpe, lecturer je yang bagi. sayaaang lecturer. -_-.


Aku saje je melalut ni. Tangan ni maen taip je ape yang kuar kat kepale otak aku nih. Muka aku pun dah jadi cam pesakit demam malaria tapioca, letih wooii.. kena cari supplement.
Bye.
 
p/s : letih pun, sempat je ngko buat entri. hampehhss.


. Senyum sokmo2 la deh =) .

Thursday, 22 September 2011

Bebelan di pagi hari..

Assalamualaikum...


Haii sume!!! Annyeongha saeyo!! hehe. 2 minggu dah aku dok KB, ni baru nak update belog. Tu pun sebab aku geram sebenarnya dengan salah seorang student UiTM ni. huhu. Tapi, idup tetap kena ceria taw. Maksud aku, ceria tu senyum-senyum selalu la. Jangan terlampu dok suka-suka, gelak-gelak, tu memang dah melampau sebab bila kita dok kuat sangat gelak or kalau kelantan cakap galok, ia akan buat kita lupakan Allah. Nauzbillah. 


Aku sebenarnya semalam lagi rasa nak marah dengan orang yang berlagak sombong ni. aiissshh, memang aku benci la nga manusia berlagak ni, sakit ati sangat wooo.. Nape dia berlagak? sebab dapat result superb, pandai, bijak, dan amat la sombong. Tengok dalam fb pun dah nampak cara dia yang agak sombong tu. Rasa macam nak g PM je dia nak cakap, kita hamba abdi Allah, kita ni hina depan Allah, taraf kita semua sama je depan Allah, so jangan la nak berlagak sebab pape pun yang kita dapat, pemberian dari Allah, baik kita ucap Alhamdulillah dari menunjuk kelebihan yang kita ada.  Kalau Allah nak tarik balik, seluruh isi alam pun tak dapat menghalang. Kita idup di atas jalan yang telah ditentukan oleh Allah. Kalau manusia, dah berlagak tu, memang tak ramai la kawan dia kan. Korang suka ke berkawan nga orang berlagak? tak nak la aku. menyampah, rasa nak ketuk je nga pen.
Kalau aku still kerja kat petronas ni, aku ketuk nga penyenduk wafle dh. huhu.


Aku pun bukannya alim sangat cuma, aku tak nak hati aku tak ingat kat Allah, tak ingat kat manusia yang paling mulia, Nabi Muhammad Rasulullah. Kadang-kadang aku lupa sape aku, aku pun manusia yang ada dosa sebab di sisi aku banyak syaitan yang menggoda dan menghasut dan aku pun pernah terpedaya ngan diorang. aku cuma nak bagitau korang ape yang aku tahu even tak banyak pun. Dakwah bukan hanya tugas ustaz or ustazah je kan. Manusia kena saling ingat mengingati antara satu sama lain. Oke lah, setakat ni dulu. Aku nak pergi kelas. Wassalam.


. Stay Smile =) . 

Monday, 5 September 2011

Makhluk ALLAH Paling Comel!

Assalamualaikum..


Tanpa pembuka bicara yang betol dan teratur tp janji sopan sebab dah bagi salam, aku nak terus ke topik utama aku untuk kawan-kawan aku yang suka senyum, hehe. 
Ce teka ce teka, apakah makhluk Allah paling comel bagi aku? haha. Mesti la korang tak leh jawab kan sebab yang paling comel bagi aku. Tapi, kalau korang cakap ulor, aku hempuk ngan penyeduk wafle. haha.


presenting . . . . . 




Ni dia ni dia. cooommmeeeyyyy... aku suka sangat nga anak kucing sebab diorang teramat la comey, paling lucu kalau tengok diorang jalan, terkangkang. haha. ibu kucing tak jalan kangkang dah sebab diorang buat catwalk. hehe.. Aku teramat la suka sampaikan google crome aku bwt gambar anak kucing.



Comel sangat. Binatang yang paling aku sayang, teramat sayang, kucing! especially kitten. Aku nak sangat bela anak kucing ni tapi, mak ngan abah aku tak suka kucing. tak, diorang tak benci tapi geli je. Lagipun, abah aku tak suka binatang gesel-gesel kat kaki. Tapi (ish, byknye tapi) nak buat cane kan, dah naluri makhluk yang bernama kucing ni suka gesel kat  manusia, Allah cipta diorang camtu. Ada hikmah la tu, setiap benda yang Allah tentukan mesti ada hikmahnya, contohnye la kan kucing ni boleh kurangkan stress kita, aku leh rasa tu. Walaupun aku takleh bela, tengok gambar pun oke. Aku suka google gambar-gambar kitten. Banyak aku nak share nga korang kitten yang aku suka tengok.











Subhanallah, aku memang tak leh tengok anak kucing ni, comel sangat. Sebenarnya, kat umah abang aku kat KB ada sekor kucing betina, bulan lepas dia beranak, pahtu, masa aku g kB anta abah aku kat epot, sekor je yang idup! mula2 ada la 4 ekor. sekor ilang, sekor mati sakit, sekor eksiden nga keta abg aku T_T, tinggal sekor, dah la uduh. arap mak je cantik, ekor lebat, ceit. aku bebel kat Purah, nama kucing aku, mung ni, xpndai jga anok. mok jangok, anok uduh banga. ntah la dia faham ke tak. pastu, raya kedua aku g KB nak beraya, singgah umah abg aku nak tengok anak aku kucing yang sekor lagi tu, niat nak cuci cuci sikit kitten tu bia nampak cute taapii. . .  mati sakit T_T. Tak sempat aku nak pergi tengok, anak sedara aku cakap, "makteh, anok kucim mapuh doh.". hhmmm, bia la, Allah lagi sayang diorang. 




Ni la Purah, aku bagi nama ni sebab kat mulut dia tu ada itam, cam makan eskem pastu comot, kena tepi mulut. Oke, nak tido. Salam.


. Stay Smile =) .

Wednesday, 31 August 2011

Salam Lebaran

Assalamualaikum..

SELAMAT ARI RAYA!!!

Syawal dah 2 hari, baru nak wish kan. ish ish. Nak buat camne, aku kena kerja la raya pertama semalam. Sabo je la.

dok buat wafle.

 Ni bukan gambar masa raya pertama, ni gambar masa malam puasa. Yang men sorok-sorok kat belakang aku tu nama dia Ifah, nice girl. hehe.


Haaa, yang pakai baju raya tu aku la. masa ni tengah kalut nak tukar shif dah, habes gas dah aku, lembik. Mesti la lembik sebab keje dari pukul 12 pm sampai 11 pm. Tapi tape, aku suka je sebab leh tengok ramai orang *sebenarnya tak sempat tengok pun sebab dok kalut layan customer ramai sangat*. pastu ada je customer tegur, raya pun keje ke? -_- kalau tak keje tak bukak kedai la ooii. Aku sedih gak kerja time raya pertama sebab malam tu, masa aku dok sibuk jadi cashier, askar-askar kecik aku sedap je dok men mercun. wuwuwu T_T. Sabo je la. Abah sampai malam tu kul 10.30 pm gitu, abang ipar aku pergi ambik kat airport. Alhamdulillah, abah n abe yie sampai ngan selamat. Aku je tak selamat kat tempat kerja semalam, nasib baik kaki tak krem. Bukan nye senang nak layan kerenah customer yang macam-macam ni. Sabo je la, tanggungjawab kan kena senyum je selalu. Raya kedua cuti!! arini la raya kedua tuuh -_-. Aku raya kat KB arini, pegi rumah maksedara aku kat WCY which is FYI Wakaf Che Yeh.  oke lah, nak tido. chow. salam.

. Stay Smile =) .  

Tuesday, 16 August 2011

15 Ramadhan

Assalamualaikum

Aku sedih sebenarnya ni, semalam lagi sedih sebab tu buat entri hari ni. Sebab ni kan belog senyum so, aku tak leh taip entri time aku sedih. Semalam aku pergi hantar abah n abang aku, abe yie pergi Mekah. Sebenarnya, hantar pergi airpot kat Pengkalan Chepa je bukan hantar terus ke Mekah (sempat lagi loyar buruk -_-). Padahal bukan tak pernah hantar abah pergi Mekah, 2 tahun lepas pun pernah hantar kot tapi semalam rasa lain, rasa sayu je. 


abah

Abah naik flight pukul 4.45 ke Kolumpo pahtu naik flight ke Jeddah pukul 2 pagi. Lepas hantar abah, aku, adik n kakak serta askar kecik 2 orang bukak pose kat Food Village or nama fames tempat tu, chim chum (sedih pun, ada je selera makan -_-). Makan tetap makan, huhu.

Askar kecik nga mama

with my sis (sedih pun,still senyum je -_-)

  licin

I know most of you know this place right? tempat ni boleh ambik banyak-banyak makanan which cost RM15 per person if im not mistaken (sebab kakak yang bayarkan so, not sure -_-) tapi dengan syarat kena habis la, kalau tak habis memang korang kena cas RM10. Bagus jugak dia kenakan cas camtu, baru la tak membazir. Aku tak suka membazir, membazir kan amalan syaitan, sebab benci syaitan kena benci amalan dia, ke korang suka syaitan? so, elakkan pembaziran. Bukan semua orang senang macam kita boleh makan sedap-sedap, jangan la membazir.

Sampai rumah dalam pukul 10 lebih gitu, aku memang terasa la sunyi semalam, rasa down down down gitu. Kesian mak kat rumah dengan Shafiq je. Aku balik pun tengok meja tak kemas sebab mak dah tak larat nak simpan, letih jaga cucu. Sebagai seorang perempuan yang bergelar anak dara, maka wajib lah aku menyimpannya sebab dah tanggungjawab kan. Malu kokram *blushing*. Terasa rindu kat abah, kul 11.30 p.m call abah T_T. Pukul 4 pm tadi abang aku call cakap dah sampai Jeddah, ALHAMDULILLAH. Abah aku dah tua, uzur, aku bimbang la sebab dia nak jalan pun tak berapa boleh dah, kaki dia sakit. Mujur abah pergi dengan abang aku, tak bimbang sangat. Hope everything gonna be fine, insya ALLAH.

. stay smile =( .
p/s : ikon sedih tu bukan pe, aku rindu abah aku. next entri aku senyum.