Showing posts with label blebe. Show all posts
Showing posts with label blebe. Show all posts

Wednesday, 19 November 2014

Momo and oyeng



Assalamualaikum….

Aku bosan dok baca jornal n type review sikit. 

Rest jap, nanti nk pegi bayar ptptn husband lak jap agi... beli pasir kucing. 

Hmmm... aku dah ad kucing balik selepas setahun lebih Simba tinggal aku. 

Ingat dah taknak bela kucing tapi husband tgk aku ni obses sangat kot ngan kucing sampaikan kucing hitam sama kaler ngan tar bawah keta pun aku blh nampak.. ntah la, aku nampak je.. dia tu yang tak tengok keliling…

Masa bulan Mac tahun ni la, sempena bulan yang kitorg mula2 kenal dlu (anniversary la kot yg ke 2... ok, dah 2 tahun kitorg kawan rapaaatt sampaikan kitorg mmg xde kawan lain yang opposite gender sebab aku kuat jeles). Dia beli 2 ekor ni…
Momo ngan Oyeng
Masa tu dia beli Momo je kat aku.. Oyeng tu kucing kawan dia tapi kawan dia bagi aku jaga dulu sebab nak bagi Momo ad teman. Tapi Oyeng ni selalu je sakit, bulu2 dia gugur sampai dia botak. Ish, ak sentuh kulit dia pn gerun kot2 dia sakit... ada darah sikit sbb dok gaduh nga Momo je. Momo ni, kecik2 cili padi, Oyeng lagi besar dari dia, tapi kalau gaduh, Oyeng yg mengalah. pastu, aku la yang sapu2 minyak gamat kt tubuh si Oyeng tu. 
Momo dulu sama besar ngan tapak tangan aku je..

Oyeng masa aku mula-mula ambik aritu

Okey, sambung... sebab Oyeng sakit, aku bagi perhatian lebih la sikit. lagipun,  Momo ni tak berapa nak layan sgt aku. Tsk.... kalau aku panggil, dia gerak2 telinga je dah nasib baik.

Tengok laaa muka tu.. muka jual mahal la sangaatt.

Choi, bila dah kenyang baru nak datang sondol2 kepale dia kt kaki aku neh... kawan husband janji nak bagi Oyeng 2 bulan je tapi, aku mintak husband pujuuukkk kawan dia untuk bagi terus kat aku sbb dah teruk sangat Oyeng masa tu, cam tikus pun ada… 
Besar kan…. adik ipar aku panggil Buncit
Kesukaan Oyeng ni tidoooo je. cam garfield
Alhamdulillah dah tumbuh balik bulunya tp kat atas belakang tu still ada.. takpelah, Oyeng... hensem jugak...
Tapi....... Momo nga Oyeng ni bukan pengganti Simba... Simba tetap dalam ingatan aku.. semalam baru je aku nangis sebab teringat kat dia....... ikhlas cakap, aku harap boleh jumpa dia balik.. Harap Allah makbulkan doa aku. Insya Allah ..

Kesayangan aku neh

Dapat amik gambar camni pun kira dah nasib baik. hurrmm.. pape je lah Momo.

Okey lah, nak sambung buat kerja aku pulak. Nanti dah rajin, aku update lagi. muahahahaa

.Stay Smile =).

Monday, 17 November 2014

Belog sayaaa

Ya Allah...…

Lama dah aku cri belog aku.

Lupa la nama dia.

Aku usaha jugak bukak emel yahoo aku yang 3 tahun lepas, cari punya cari, akhirnya jumpa jugaaaakkk…

So, ini bermakna, dah 3 tahun aku xusik belog ak nih. Hmm... dulu aku rasa cam takde makna je aku buat belog sbb aku xde kosah menarik pun nk dikongsi. But, now aku rasa cam dah ada idea balik sbb ak dah makin ceghedik la daghi dulu.. hahaha…

Macam mana aku boleh terfikir nak cari belog ak balik eh? Sebab nya aku rindu kt dia ni.... 
Simbaaaa
Aku dulu pernah cerita pasal Simba kan. Hehe..

Banyak nye cerita dalam kepala aku...

I'll update soon... tunggu zohor jap., nk solat and taip review paper.

Sambil makan kek coklat cheese ni. yummy!

Oh, i am currently a postgrad student now ^_^
Salam Zohor.

Saturday, 22 December 2012

Miss Ct (episod 1)

Assalamualaikum..

Genap seminggu aku bekerjaya sebagai pensyarah sambilan kat UiTM Machang.
walaupun agak letih tapi aku suka sebab aku dapat ajar subjek ekonomi, microeconomics and macroeconomics.

Actually, aku dok dalam kelas ni. hehehehehe.. tolong pensyarah senior jaga test student dia. Kalau masa degree dulu, kawan aku cakap aku ni sangat sesuai jadi pensyarah tapi, bila datang sini...... lain pulak yang jadinya........ aku dipandang 'kecik' T____T

For example (ecececeh, cam mengajar lak)

Di kantin, jumpa dengan staff HEA yang aku kenal, kak ida dan kak ati
me: kak ida, ore nak print attendance student, buleh ko buat kat HEA.
kak ida dan kak ati: Bakponya? nak buat untuk dr Nik ko?
me: untuk student ore la, jadi lecturer dah. lapor diri arini.
kak ati: oloh, tak sesuainya jadi lecturer. supo budok 
me: -__-'

Masa otw nak masuk kelas lak, jumpa nga pak guard
pak gad: dik, mana kad matrik?
me: saya lecturer part timer, baru lapor diri, takde kad lagi.
pak gad bagi ekspresi muka yang terkejut dam unbelievable
me: tak caya g lah tanya pentadbiran
pak gad: bukan tak caya, tapi awak muda lagi nampak
me: dah muka macam niiii -___-'

dan banyak lagi kes lain........ 
takpe, aku suka orang pandang aku 'kecik' sebab buleh sembunyikan umo sebenar aku.. takde dah soalan "bila nak kawin?"

one of my student said "miss umo bape? nampak macam 20."
memang tak nampak macam lecturer ke saya ni???? huhu.

p/s : nanti nak masuk kelas tanya student, awak nampak saya ni garang tak??? can't wait to know the answers
p/s/s: sape2 nak ambik aku jadi pelakon cite geng bas sekolah pun boleh. tapi aku nak jadi budak pompuan yang ganas, suka buli orang. hehehe

.Stay Smile =).

Friday, 9 November 2012

Jumaat..

......tetiba aku rasa geram kt kucing atas ni. nk gigit perut diaaa

Assalamualaikum...

Wow! lamanya aku tinggal belog aku ni. nak kata sibuk, tak sibuk sangat pun, asyik nga fb je 24 jam. aritu dah deactivate skali tp........disebabkan 'admin' aku xthu ak deactivate, dia bukak dan terus active balik -.-'

Arini jumaat kan, 'hari raya' mingguan untuk org islam dan cuti untuk negeri kelantan yang mana ari ni dianggap ari menuntut ilmu. kalau aku di Kota Bharu, biasanya aku akan ke medan ilmu kat bandar Kota  Bharu dengar ceramah tok guru Nik Aziz. sangat best! lepas tu aku naik bas dan balik umah abg aku kat wakaf che yeh. rindunya zaman belaja degree dulu, jalan kaki dari kampus ke stesen bas, tengok nat geo wild dalam library, dan final sem ni jugak la aku kenal dengan 'dia'. hehe. (padahal baru 4 bulan habis -.-).

Daaaannn, hari jumaat sekarang which is today! aku kena jaga si chubby nadzim yang sangat comel serta chubby dan manja suka nangis. mama dia ada konvo budak2 tadika hari ni so, aku kena jaga la. sebenarnya, aku xsuka sangat jaga anak orang lain selain anak sedara aku sebab anak2 sedara aku ni, aku dah faham perangai diorang dan diorang pun dah biasa dengan aku kan. si nadzim ni, anak yang ke 5 dah. lagi 4 orang yang atas tu, aku jugak yang jaga. diorang pun dah kenal mak teh yang gilakan kucing ni dan aku jugak berjaya buat diorang sayangkan kucing. hehe. suka sangat sebab kalau diorang jalan ngan mama diorang, nampak kucing kecik yang agak kesian, they were like 
"owooohhh, sienyo ko kucing ni, klu mokteh tengok mesti mokteh glepa!!"

Ambiklah gambar2 ayim ni (ayim tu nma panggilan dari mek sya) 







k. bai.
. Stay Smile =) .

Saturday, 14 July 2012

dirumah...

Assalamualaikum..

Sekarang ni aku dah jadi penganggur yang berjaya bila aku berjaya menjaga anak2 sedara aku dengan cemerlangnya. muahaahahahaha.. 

Aku dalam proses cari kerja sekarang. Insya Allah, ada rezeki, ada la kerja aku kat mana2. kalau ada rezeki jugak, sambung master. semuanya rezeki dari Allah. aku takkan dapat apa2 kalau Allah tak izinkan.. :))

aku dengan bangganya nak cakap, anak sedara aku semuanya sayang kucing. Alhamdulillah, bila diorang belaja sayang kucing, diorang akan jadi orang yang penyayang nati, insya Allah. 

tu je la. bai.

p/s: tak sabar nak dapat kerja. 

salam.

.Stay Smile =).

Monday, 25 June 2012

tragedi pada 25 june 2012

Assalamualaikum...


HEPI BESDAY TO MEEEEE!!!!


Sesungghnya, taun ni aku suka la nga besday aku ni kan. sehari sebelum besday, dah dpt hadiah, sehari selepas besday pun dapat jugak hadiah dari orang yang sama. :B


Epi la taun ni walaupun tak makan kek seperti taun2 lepas. Memang aku xpernah raikan besday aku since i was 16 years old T__T. sabor je la. takpe la, aku cukup bersyukur umur aku dipanjangkan sehingga 24 tahun utk aku sentiasa upgrade iman dan taqwa aku :')


Walaupun aku bersedih tak makan nasi 2 hari, aku hepi jugak sbb ada orang tu ingat besday aku. terharuuuu T__T. dia ingat pun sbb dia ingat paswod fesbuk aku. huhu. aku celebrate besday aku malam td pun nga megi T__T. cane nak makan nasi sebab tubuh aku letih, aku xde selera dh nak makan, aku ada selera utk tido je.


Selalunya, ari besday aku, aku dok umah kt kuala krai je. Tapi, taun ni, aku dok KB, get ready untuk final exam dan viva. bukan perodua viva tu, tp presentation research report aku. biasa nya, aku balik dengan bas kan aku sukaaaa sgt tertido atas bas. aku memang sangat bagus sebab naik bas selalu je tido. klu aku tdo kan, dekat2 nk smpi tu memang aku akan sedar dan tunggu utk turun. tapi arini....... T__T.. bas dah bawak aku sampi ke kampung mana ntah aku baru sedaar T__T. jauh lak tu. (kalau mak abah thu ni, confirm aku kena marah)
Aku pun xtahu camne aku leh jd xsedar, padahal tido ats bas je pun. makcik kat sebelah cakap, 
"jauh dh dik pintu geng nu, dok pendek doh ni." 
haaaa, sudah. patut la orang pun dh kurang dalam bas ni. tadi ramai je. masa aku kalut2 nak turun, mak cik tu suh aku turun kat sekolah. aku pegi la kt drebar bas nga muka bru bgn tdo + muka sedih cam kucing lapa nak makan frieskies. terkejut la abg drebar tu sebab dia ingat aku takde. dia cakap 
"eh, ado la dio. kito breti lamo dh kt rumoh dio td. dok sero doh ado tp xdok ore turun. tdo la tu."
ho laaahh,, ambo nero. nk buat rano. ambo ni mudoh nero. 


nasib baik la, ada orang sudi datang ambik aku. tapi, yang aku takut + serik nk tdo atas bas ni, masa aku dok tunggu drebar aku datang ambik, tetiba datang triton besa cam gajah mammoth singgah kat bus stop tempat aku tunggu tu, menawarkan diri untuk anta aku balik umah. waaaaaa, takutnyaa.. aku rasa kecik je msa cakap nga dia sbb takut sangat. tapi, aku yakin Allah ada dengan aku sbg pelindung utama aku, jadi Alhamdulillah tak jadi pape pun kat aku. dekat nga maghrib baru aku sampai rumah dengan selamat. 


tapi, aku rasa aku takkan serik. aku tetap akan tertido atas bas -___-'


sekian. wassalam.


. Stay Smile =) .

Monday, 2 April 2012

Kisah Dulu Kala...

Assalamualaikum...


Aku malas nak buat introduction panjang berjela - jela berbelit - belit dan yang sewaktu dengannya (oke, intro ngarut).


Masa diploma dulu kan, geng aku ada 8 beradik dan kitorang unofficially named our group as G8 or girls 8. Ntahpape la dulu. Tapi, memang kitorang rapat la jugak, sedih ke, hepi ke, kongsi sama-sama. Jap2, aku kenalkan.


6 out of 8


abaikan yg laki tu ye.

Yang sorang lagi, aku ada gambar dia tapi aku takut nanti dia tak suka lak aku upload gambar lama dia. Geng kitorang ada aku, mimi, nina, ira, ain, norie, acik n mely.

Kisah aku dulu-dulu kan nga diorang ni... kitorang selalu je dok berkumpul 8 beradik then cakap pasal kawin. Memang separuh dari kitorang ni dah ada pakwe tapi, kitorang still jugak cakap, "agak-agak, sape ye kawin dulu nanti." Lepas tu, mula la nak point out dia tu dia ni. Lepas tu, gelak kuat-kuat. Takpe la gelak kuar suara pun kan, girls je. hehe. Tiap-tiap hari, mesti nak kumpul dalam bilik THO3/314. Aku ingat lagi nombor bilik tu. Bahagia sangat ada kawan-kawan macam adik beradik gini.

Then sabtu lepas, 31 March salah seorang dari kami kahwin!!! Maka, terjawablah persoalan kami zaman dahulu kala. Here comes the bride (gmbar lama, sebab tak ambik pun gambar dia pakai baju pengantin)

si tudung hijau ye, bukan si baju koko.

Agak menyesal la sebab tak ambik gambar melly ni pakai baju pengantin wane merah. Tengok orang kawin, aku pun teringin nak kawen. hehehe.

persoalan zaman sekarang lak
"sape la pulak yang akan kawin lepas melly ni ye?"
tapi, jawapan soalan tu dah ada, bulan 6 nanti. Tak sabarnye nak tengok kawan aku kawen. Lagi tak sabar aku nak kawen. (Genya/Gedik)




Wasalam.
. Stay Smile =) .


Monday, 19 March 2012

takdop tajuk

Assalamualaikum dan selamat petang..


Nak maghrib dh tapi aku sero nk bobe. Takkan la aku nok bobe sore dih, bobe dale ni je la kijo aku. Arini aku ada trip sekerat ari. g SK KOlam kat Bachok. Hop tok teheynyo, sapa kat sekoloh ado saim aku tanyo, mano kolam renang nyo -__-
errr, sebenarnya aku pun ingt SK Kolam ni ado kolam renang. hahaha. tapi gak, Kolam ni namo kampung kat daerah Bachok. Tak ajin denga belako bia ore kelate jugok pong. Lepas g sekoloh tu, sep aku g lawat tanaman rumput napiel. Nati la aku cito plop.


Aku letih bena, sakit paha sebab dok jale, berlari kat rumput sebab nok g denga pok cik harun kcek pasal tanaman nih. Aku sakit ni bukan sbb gapo, aku pakai baju kurung, sandal agak tinggi, g dekat padang berlari sebab eksaited tengok keindahan ciptaan Allah. Aku suke tengok, hijau gtu. Aku tok caro doh, panas, meroh supo keno bakar dh muko aku.


Letih2. Gi semaye dulu..


senyum sokmo la deh.
entri kok kelate. sedak kecek kelate.

DEACTIVATED

Assalamualaikum..


Deactivate dlu fb aku... kalau aku tak buat camtu entah bila baru aku nak start baca journal balik. Aku suke bercerita so, aku akan terus bercerita dalam ni. Tak ramai orang yang baca so, tak de orang komen cam dalam fb. Kalau dah dok komen2 dalam fb, jadi lama la ngadap mende tu kan. so, i've decided to deactivate my account. Lagipun, dalam fb tu, aku rasa aku bukan diri aku yang sebenar. oke lah, nak pergi kelas. 
bai bai bai bai bai..


wasalam. 
 . Stay Smile =) .

Saturday, 17 March 2012

Ringan kan mulut menyebut kalimah Allah s.w.t

Assalamualaikum..


Nak dapat pahala, sangat lah mudah memandangkan kita semua tahu, Allah maha Pemurah.
Meringankan mulut kita dengan menyebut kalimah Allah adalah salah satu darinya. Aku kan, mudah sangat melatah, setiap masa, mudah sangat terkejut. Korang pernah tengok kucim? benda gerak sikit pun, dia melompat. Sama la cam aku, especially time nampak cicak. Waaaaa, kul 5 pagi pun aku jerit. Orang muda cam aku pun, dah melatah sana sini. Aku pun, selalu gak dengar, orang tua ke, muda ke, kalau melatah mesti habis terkeluar #@$%^&*^$$%^^. Tak boleh sebenarnya, kita yang muda ni ajar diri latah keluar benda2 uduh camtu. Try didik diri kita, asal terkejut je, "YA ALLAH!". Dapat pahala free. Macam ni dalam gambar kat bawah. Okey, memang la kan, bila kita melatah sume benda tu keluar secara otometik kan. Tapi, kalau kita letak kalimah2 Allah, dalam kepala, secara otometik jugak la kalimah2 tersebut akan keluar dari mulut kita.



Sama jugak time nak marah, uiiiissshh, habis segala benda2 buruk keluar dari mulut si pemarah tu. Korang tahu kan, time kita marah la setan datang hasut kita untuk terus menerus marah. Padahal benda kecik je. Try korang ajar diri korang camni. 



Buat camni, setan pun lari. Terus tak jadi nak marah, rasa sakit hati sikit je but, at least kita akan rasa tenang slow2. Yakin lah pada Allah :)
Senang sangat nak dapat pahala. Nak melakukan sesuatu benda, tak kira la kerja apa pun, ringankan mulut sebut Bismillah. Selain dapat pahala, Allah jugak akan permudahkan urusan kita asalkan perkara itu bukan perkara yang mungkar. Nak goreng ikan, basuh baju, seterika baju ke, semua benda pun, bace lah Bismillah. 




Faham tak, faham?? hehe





Nikmat Allah, banyak sangat. Ni lah salah satu cara dari berjuta cara untuk kita berterima kasih pada Nya.
Aku share apa yang aku tahu, kalau salah, sila tunjukkan. 


Wasalam.


. Stay Smile =) .

Tuesday, 6 March 2012

Project Paper

Assalamualaikum..


Hari ni, Alhamdulillah aku berterima kasih kat Allah s.w.t. Pagi tadi, aku ada taklimat project paper kul 9 pagi dan aku siap pakai kul 8.40 gitu. Agak takut la, mana tahu sampai lewat nanti, kena dok belakang lak. Aku dah la tak tahu cane nak start project paper a.k.a thesis aku ni, madam Wanie Malek lak kadang - kadang datang awal. Keluar cabang rumah tadi, keta tak banyak so, aku boleh lintas dengan selamat dan tak perlu berlari lari sampai kecik kepala. Lepas lintas tu, aku jalan nak pergi kat tempat tunggu bas, tak sempat sampai dah ada keta sewa berenti, terima kasih Allah. Sampai kampus tepat kul 9 dan baru ada sorang dalam kelas, Madam pun tak sampai lagi.


12 April dah kena hantar first proposal. Takut sangat, masa cuti sem dah buat sikit tapi aku tak berapa yakin. Nak kena buat balik. Insya Allah, aku boleh buat. Salah satu sifat Rasulullah, tak putus asa so, aku pun tak boleh putus asa. 


Wasalam.
. Stay Smile =) .

Untitled

Assalamualaikum..


Selamat pagi, aku rasa sedih je minggu ni. Aku rasa macam jauh je dari Allah. Ya Allah, tetapkan lah iman ku, janganlah kau balik balik kan hati aku T.T


Aku rasa nak deactivate kot fesbuk aku sebab aku nak fokus kat project paper aku. Tapi belog tetap diupdate sebab aku nak jugak bercerita :)


Bai, nak pegi taklimat untuk thesis aku. Ya Allah, lindungilah aku di sepanjang perjalanan hidup ku. Hanya pada Mu aku berlindung.






mak teh sayang hannan comey <3


Wasalam.
. Stay Smile =) .

Friday, 2 March 2012

kucim yang malang..

Assalamualaikum..


Aku skip jap entri pasal kenangan. Aku nak cite pasal kucing. Memang, memang, memang aku tersangat la kasihkan kucing sama cam aku kasihkan manusia, anak-anak sedara aku la (nape banyak sangat memang?). Ada jugak kawan-kawan aku tak suka kucim ni, tapi diorang juz geli je sebab kucim ni dicipta oleh Allah s.w.t sebagai binatang yang manja, suka gesel-gesel, naik atas riba orang pahtu buat muka comel minta orang gosok-gosok, kiss bla bla bla. Sebenarnya, ni bukan tajuk entry aku, memang aku suka membebel panjang sikit. Al maklum lah kan, aku ni memang banyak cakap sebab orang tua cakap, kalau ada tahi lalat kat bibir ni, banyak cakap. Oke, done -___-'


Aku nak cerita pasal sekor kucim ni, tengok kt bulu-bulu dia tu, dia ni memang comel sebab ekor dia lebat, wane oren campur puteh dan memang dia comel. Tapi... T___T


Hari tu, 28 hb.. Aku baru je balik dari umah klom (kaklong), jalan kaki je pakai payung. Aku nak sampai kat umah je, aku nampak oren tu (nama yg bru je diberi) nak lintas jalan, muka dia nampak len je. Aku pergi dekat dia, "bakpo mung ni kucing?" aku tanya dengan muka yang berkerut kebimbangan. "Meow." Dia jawab nga selow dan aku tahu dia tengah tahan sakit, jalan pun selow je. Aku tengok je la sebab aku ni penakut, muka kucim tu nampak scary. Aku tenung, paha dia luka teruk, dua-dua kaki belakang penuh dengan darah. Aku pelik, ni bukan luka sebab kucim tapi luka sebab manusia. Masa dia nak lintas jalan, ada myvi itam lalu, haa sudah. Aku sekat myvi tu sebab kucim tu jalan selow, cam nak bunuh diri lak. Myvi tu berenti, oren tu pun berenti jalan. Aku nak angkat tapi takut dia sakit, takut sebab muka dia scary, campur sume. Aku pun cakap, "cuh cuh, g nuh." oren pun jalan selow lintas jalan. Pastu aku tinggal dia then balik dan disebabkan itulah, aku menyesal. Nape aku tak angkat dia bawak balik then buh minyak gamat atau ajak kyah g jupe vet T__T. Aku just balik, cite kat mak lepas aku makan baru aku ajap ipan pegi cari. Tak jupe dah, aku doa arap Allah lindungi kucim malang tu. (memang perlu buat dialog ringkas antara aku dan kucim tu)


Semalam, 29 hb malam. Oren datang umah aku! dia tido dekat depan pintu pagar. Tu pun kyah (kak yah) aku inform cakap kucim tu datang cari aku. Cepat-cepat aku keluar bawak tepon mak aku nak buat lampu suluh. Aku penakut, dan aku takut nak pergi dekat tapi, aku beranikan diri jugak sebab ada ipan teman. Aku suluh dia, keadaan dia sangat lah mengerikan bagi aku dan buat aku menjerit "ya Allah." Luka kat paha dia makin besar dari yang aku tengok 28hb tu mungkin sebab isi-isi dia dah kena makan ulat, aku nampak ulat tu, aku tak geli yang tu, aku geli sebab isi paha dia dah takde, idum dia, bengkak dan besar, ada kesan terbakar. Ce korang fikir, ada ke kucim-kucim nak g letak api kat idum dia? mesti la keje manusia yang jahat dan kalau aku nampak diorang seksa kucim, aku takkan teragak-agak nak jerit marah then pukul diorang. Kesian sangat, oren tu, aku leh dengar dia takleh bernafas nga baik, aku panggil, dia tak dengar kot dan dia takde ngiow2. 


Aku gaul nasi nga ikan goreng, letak dekat nga mulut dia nak bagi dia mudah makan, tapi dia tak makan, aku letak kat mulut dia, tak makan jugak. Dia marah aku sebab tak tolong dia aritu ke? Aku masuk pulak pergi ambik air, bila aku keluar, tengok dia dah beralih sikit dari makanan tu, aku pun letak jugak nasi n air tu dekat mulut dia. Aku nangis. 


Pagi tadi.. oren dah takde. Tak tahu mana dia pergi, nasi tu habis dan aku tak tahu dia ke, bapak2 kucim yang datang makan. Aku harap Allah ambik dia sebab aku tengok dia seksa sangat. 


Aku harap sesapa yang seksa kucim ni, kena la bala dari Allah. Kucim ni, makhluk bernyawa berhak hidup sebab diorang takde bagi kemudaratan pada manusia.


gambar hiasan

Allah cipta haiwan paling istimewa untuk jadi peliharaan kita. Kucim binatang kesayangan Rasulullah s.a.w, kita pun kena la sayang kucim jugak. Kalau tak suke sekalipun, jangan la buat camtu :'(


Aku nangis masa taip entry ni T__T
Wasalam



Tuesday, 28 February 2012

Kenangan (part 1)

Assalamualaikum.

Berapa hari dah aku tak update ek? hmm. Minggu depan aku dah nak daftar sem baru as a degree student. Banyak benda yang aku lalui sepanjang belajar degree ni. Ada benda yang aku rasa nak lagi alami situasi tu. Ada jugak situasi yang aku rasa macam, 'tak nak dah macam ni!', 'Ya Allah, menyesal nya aku.' Lebih kurang macam tu la. 

Honestly, experience as a diploma student happier than degree student. Banyak sangat kenangan manis masa dekat UiTM Machang dulu. Student yang belajar setahun je kat Machang takkan rasa cam student yang belajar selama 3 tahun, tahu maksud aku kan. Start tahun 2007, sampai 2010 hepy sangat even ada jugak yang sedih tapi, aku taknak ingat yang sedih sebab banyak perkara happy dari sedih sepanjang aku belajar dekat UiTM Machang. Sampaikan, masa minggu pertama kat UiTM Kampus Kota, aku nangis2 sebab nak balik Machang, susah sangat nak adapt. Banyak sangat kenangan. Gambar pun banyak :')


sem 1

sem 2

 sem 2 gak

 sem 3

 sem 4

 sem 5

 sem 6

sem 6

Gambar sangat banyak, kenangan jugak banyak. Aku rindu sangat masa dengan diorang dulu. Sekarang tak dah, semua bawak haluan masing - masing dengan course degree pilihan masing - masing. Sedih bila ingat ni semua sebab masa degree, aku takde kenangan macam ni. 

Sambung esok la, aku nak tido. papai
Wasalam.

. Stay Smile =) .

Monday, 20 February 2012

Howl

Assalamualaikum..


Wahai incik belog.. sebenarnya kan aku ni kan teringin la sangat kan, tengok cite katun yang heboh dalam Disney channel tu, "the greatest masterpiece animation". Minggu lepas dan minggu ni, dua "greatest masterpiece" animation tu aku tengok. Spirited Away dan Howl's Moving Castle. Memang best dan yang paling aku suka Howl's Moving Castle. Yeah, memang aku suka katun sejak dari kecik sampai ke besar ni pun, channel pilihan aku kat Astro ialah Disney dan Cartoon Network. Sebab tu aku tak heran sangat nga cite ombak rindu ke, vanilla coklat ke, bila nk tengok drama gitu, aku rasa bazir masa tapi, tengok katun takpe pulak. haaiisshh -__-" 


Howl's Moving Castle

Best2, cite pasal sorang pompuan ni, dia kena sumpah jadi orang tua pahtu, dia terjupa dengan wizard nama Howl yang jugak terkena sumpahan, panjang lagi la cite dia dan yang aku paling suka, pompuan nama Sophie ni jatuh cinta nga Howl yang merupakan seorang wizard yang penakut. Sebab Sophie la Howl jadi berani balik. Aku sukaaaa sebab last cite dia, diorang live happily ever after. Sebenarnya part yang jatuh cinta tu je aku suka -__-"
Besides, laki tu hensem. hehe. Dah namanye pun katun kan.

Hensem la bagi peminat katun cam aku ni kan

:)

Actually, aku pun tak tahu la nape aku suka tengok katun dari tengok cite - cite drama, movie, filem lakonan manusia ni. haa, lagi satu, aku suka action movies, kecik - kecik lagi aku dah minat jackie chan, Jet Li. Aku nak belaja kung fu tapi tak leh, aku tengok cite je la. Mana tahu kan, tetiba leh pandai kung fu. hehe.


. Stay Smile =) .