Showing posts with label PasalKitoram. Show all posts
Showing posts with label PasalKitoram. Show all posts

Tuesday, 5 June 2012

weding... again...

Assalamualaikum...


Wuaarrrghhhh... lamanya aku tak update belog aku neh. sibuk sangat ke? rasa macam takde la sibuk sangat kan. 


Aku bukak je belog ni, aku tengok post pasal mely kawin ni, aku pun teringat la. Aku memang ada niat aritu nak update pasal ira pulak yg kawin. ira ni salah sorang kawan aku masa diploma dulu. si kecik yg comel n lucu. dia kawin 2 jun aritu.



Aku nk update pendek2 je.. aku tumpang gembira untuk kawan aku dua orang ni, mely n ira. semoga bahagia hingga akhirat :')

tapi, sehari sebelum, salah seorang kawan aku jugak, ain... kematian boyfren dia. sedih la jugak bagi pihak dia. masa ira kawin ni, dia tak datang pun.

pendek je update pun.. next turn sape ye..... hmmm..

.stay smile =).

Monday, 2 April 2012

Kisah Dulu Kala...

Assalamualaikum...


Aku malas nak buat introduction panjang berjela - jela berbelit - belit dan yang sewaktu dengannya (oke, intro ngarut).


Masa diploma dulu kan, geng aku ada 8 beradik dan kitorang unofficially named our group as G8 or girls 8. Ntahpape la dulu. Tapi, memang kitorang rapat la jugak, sedih ke, hepi ke, kongsi sama-sama. Jap2, aku kenalkan.


6 out of 8


abaikan yg laki tu ye.

Yang sorang lagi, aku ada gambar dia tapi aku takut nanti dia tak suka lak aku upload gambar lama dia. Geng kitorang ada aku, mimi, nina, ira, ain, norie, acik n mely.

Kisah aku dulu-dulu kan nga diorang ni... kitorang selalu je dok berkumpul 8 beradik then cakap pasal kawin. Memang separuh dari kitorang ni dah ada pakwe tapi, kitorang still jugak cakap, "agak-agak, sape ye kawin dulu nanti." Lepas tu, mula la nak point out dia tu dia ni. Lepas tu, gelak kuat-kuat. Takpe la gelak kuar suara pun kan, girls je. hehe. Tiap-tiap hari, mesti nak kumpul dalam bilik THO3/314. Aku ingat lagi nombor bilik tu. Bahagia sangat ada kawan-kawan macam adik beradik gini.

Then sabtu lepas, 31 March salah seorang dari kami kahwin!!! Maka, terjawablah persoalan kami zaman dahulu kala. Here comes the bride (gmbar lama, sebab tak ambik pun gambar dia pakai baju pengantin)

si tudung hijau ye, bukan si baju koko.

Agak menyesal la sebab tak ambik gambar melly ni pakai baju pengantin wane merah. Tengok orang kawin, aku pun teringin nak kawen. hehehe.

persoalan zaman sekarang lak
"sape la pulak yang akan kawin lepas melly ni ye?"
tapi, jawapan soalan tu dah ada, bulan 6 nanti. Tak sabarnye nak tengok kawan aku kawen. Lagi tak sabar aku nak kawen. (Genya/Gedik)




Wasalam.
. Stay Smile =) .


Tuesday, 20 March 2012

Ema Suzila

Assalamualaikum..


Aku tulis ni sebab aku teringat kat Ema. Rindu sangat sampai termimpi2 Ema. Aku memang sayang sangat kawan-kawan aku. Ema, memang dulu aku nangis - nangis cam takleh terima hakikat, Ema xde dah. Dah lebih setahun Ema tinggalkan kami.
Masa tarikh 17 March, dah cukup setahun Ema pergi. Aku mimpikan dia. Aku tak nampak sangat tapi aku tahu dia ada. Then, aku nampak dia!!! Ema ceria, muka dia putih. Kalau yang aku mimpi tu, memang betol2 jumpe Ema, aku rasa dia memang bahagia kat sana. Alhamdulillah. Nanti giliran aku? bahagia tak aku? Ema tu, dah banyak menderita masa atas dunia ni. Sampai saat2 terakhir, kitorang takde kat dia. Tapi, at least.... she had her family that time.


Masa last hari kitorang dengan Ema, dia nampak hepi. Mungkin dia tak sangka pun kitorang akan teman dia jalan2. Asalnye nak pergi bandar, teman Yati beli tiket bas je. Tapi, kitorang tanya dia nak pergi mana, then ikut dia. Lepas tu, dia nak main boling. Aku la yang bawak dia dengan Yati sebab aku je asal Kelantan. Masa tu, aku pun tak biasa lagi sebab aku tak pernah jalan2 kawasan KB camtu. Takpe la, even kitorang takde masa dia menghadapi saat2 kematian pun. At least, kitorang dah tinggal kenangan hepi masa last day kitorang jupe n keluar sama2.


Aku mimpi Ema, nanti... giliran aku pulak ke?
Ema, kami sentiasa merindui Ema.


Wasalam..
. Stay Smile =) .

Wednesday, 14 March 2012

Memori 5 siblings (cont)

Assalamualaikum..


Selamat pagi sume. Bangun pagi kena cenyum nati awet muda. 


Aku nak sambung yg lepas la. Sebenarnya, asal 5 siblings ni, 6 siblings. Tapi, disebabkan Allah sangat la menyayangi salah seorang dari sibling kami, Ema Suzila, Dia pun ambik Ema dari kami, dari keluarga Ema. Ema tinggalkan kami, bulan Mac tahun lepas sebab asthma. Sedih, aku 2,3 hari ngadap fb Ema, tengok gambar kitorang pergi The Store KB, Mekdi KB, KBMall. Ema pandai men boling dan dia suka men boling. Aritu, kitorang men sampai 2 game. Letih sangat rasa, tapi takpe la sebab Ema cakap, dia rasa sihat sikit bila men boling. Masa tu, kitorang baru je habis final exam semester 3. Lepas men boling, kitorang pegi makan piza. Last day nga Ema. Semester 4, dia extend dan kami memang tak jupe sampai la ari dia tinggalkan kami. Aku ada banyak gambar Ema tapi, tak leh tunjuk kat public, arwah dah takde. Kitorang memang selalu ingat Ema.


Aku berterima kasih jugak kat Allah bila Ema dah takde sebab dia sakit sangat, kelas banyak tinggal, asyik masuk wad. Bila dia masuk wad dulu, dia takde bagi taw sape pun. Kitorang pun cam marah la n pesan, lain kali kalau masuk wad k, ada jadi pape k, sms kitorang. Aku pernah teman dia pergi klinik UiTM sebab masa dok dalam student centre, dia kena asthma. 
Tapi, masa mula-mula aku dapat taw Ema dah takde, aku nangis sampai aku cakap kat mak sedare dia, nape tak bagi dia dok KB je, kan dia cakap dia tak sakit sangat dengan udara KB ni kalau nak banding nga udara Perlis. Aku macam tak leh nak terima hakikat masa tu. Tapi, semua tu memang dah ditetapkan oleh Allah. Ema ditakdirkan jadi kawan kitorang and she still remain in our heart forever. Insya Allah, jika persahabatan kami ikhlas dan kerana Allah, kami pasti akan berjumpa di akhirat :')


Masa pergi pantai Sri Tujuh aritu, kitorang teringat gak dekat Ema. Yati cakap, kalau Ema ad a ni, mesti dia suka. Tapi, tak baik cakap macam tu sebab mungkin Ema bahagia kat sana. Al - Fatihah buat Ema Suzila. Kitorang keluar jalan - jalan pun sebab ni last semester kitorang di kampus KB. Lagipun, sem lepas kitorang takde pun kuar jalan-jalan. pegi kepci dekat kampus tu je la, tu pun jalan kaki. Tak rancang pun sebenarnya nak pergi pantai Sri Tujoh. Tu pun, ada sorang classmate kitorang yang tinggal kat situ ajak pegi umah dia. Best sangat dok kat pantai, berangin je. Dengar bunyi pantai pun, aku rasa dah eksaited cam nak je terjun dalam tu. hehe.


the pantai. yang itam dalam tu, siput pe ntah.

sebenarnya, aku nak ambik gmbr denga siput tu. tapi siput tu kecik sangat.


dari kiri, Yati Farahin Abe Mat Imi Ct

"Ya Allah, berkatilah persahabatan kami, jauhkan lah kami dari perbuatan keji dan mungkar, dan lindungilah kami, ya Allah. Semoga persahabatan kami kekal di dunia dan di akhirat."

Wasalam.
. Stay Smile =) .

Thursday, 8 March 2012

Memori 5 siblings

Assalamualaikum..


Hari tu aku ada citer pasal kenangan masa diploma, memang suatu kenangan yang tak dapat dilupakan. Masa degree ni, aku ada gak kawan baik. Even tak ramai cam diploma dulu, aku tetap rasa yang kawan aku time degree ni, memang betol-betol kawan sebab kitorang saling tolong-menolong, tak berkira sangat, tak pernah gaduh pun. Kitorang epi je, sorang ada masalah, kelima-lima orang akan tahu and we try to solve it. Kalau time ada masa kosong, kitorang borak-borak dan share info pasal isu semasa, freemason, tanda akhir zaman, macam-macam la sebab ada 2 guys dalam 5 orang ni, ada pengetahuan pasal benda camni.


Semalam, kitorang berkumpul 5 beradik, pergi jalan-jalan. This will be our last sem together sebab nanti, masing-masing akan bawak haluan sendiri. Aku sebenarnya harap kitorang boleh dapat kerja sama-sama tapi, semua tu Allah yang tentukan. Bila Allah tentukan sesuatu perkara, seluruh isi alam pun tak dapat mengubahnya. Nanti sambung malam ni ye, insya Allah. Aku ada gambar tapi tak leh masuk laptop ag. 


Wasalam.
. Stay Smile =) .