Showing posts with label sajo nok cito. Show all posts
Showing posts with label sajo nok cito. Show all posts

Wednesday, 19 November 2014

Momo and oyeng



Assalamualaikum….

Aku bosan dok baca jornal n type review sikit. 

Rest jap, nanti nk pegi bayar ptptn husband lak jap agi... beli pasir kucing. 

Hmmm... aku dah ad kucing balik selepas setahun lebih Simba tinggal aku. 

Ingat dah taknak bela kucing tapi husband tgk aku ni obses sangat kot ngan kucing sampaikan kucing hitam sama kaler ngan tar bawah keta pun aku blh nampak.. ntah la, aku nampak je.. dia tu yang tak tengok keliling…

Masa bulan Mac tahun ni la, sempena bulan yang kitorg mula2 kenal dlu (anniversary la kot yg ke 2... ok, dah 2 tahun kitorg kawan rapaaatt sampaikan kitorg mmg xde kawan lain yang opposite gender sebab aku kuat jeles). Dia beli 2 ekor ni…
Momo ngan Oyeng
Masa tu dia beli Momo je kat aku.. Oyeng tu kucing kawan dia tapi kawan dia bagi aku jaga dulu sebab nak bagi Momo ad teman. Tapi Oyeng ni selalu je sakit, bulu2 dia gugur sampai dia botak. Ish, ak sentuh kulit dia pn gerun kot2 dia sakit... ada darah sikit sbb dok gaduh nga Momo je. Momo ni, kecik2 cili padi, Oyeng lagi besar dari dia, tapi kalau gaduh, Oyeng yg mengalah. pastu, aku la yang sapu2 minyak gamat kt tubuh si Oyeng tu. 
Momo dulu sama besar ngan tapak tangan aku je..

Oyeng masa aku mula-mula ambik aritu

Okey, sambung... sebab Oyeng sakit, aku bagi perhatian lebih la sikit. lagipun,  Momo ni tak berapa nak layan sgt aku. Tsk.... kalau aku panggil, dia gerak2 telinga je dah nasib baik.

Tengok laaa muka tu.. muka jual mahal la sangaatt.

Choi, bila dah kenyang baru nak datang sondol2 kepale dia kt kaki aku neh... kawan husband janji nak bagi Oyeng 2 bulan je tapi, aku mintak husband pujuuukkk kawan dia untuk bagi terus kat aku sbb dah teruk sangat Oyeng masa tu, cam tikus pun ada… 
Besar kan…. adik ipar aku panggil Buncit
Kesukaan Oyeng ni tidoooo je. cam garfield
Alhamdulillah dah tumbuh balik bulunya tp kat atas belakang tu still ada.. takpelah, Oyeng... hensem jugak...
Tapi....... Momo nga Oyeng ni bukan pengganti Simba... Simba tetap dalam ingatan aku.. semalam baru je aku nangis sebab teringat kat dia....... ikhlas cakap, aku harap boleh jumpa dia balik.. Harap Allah makbulkan doa aku. Insya Allah ..

Kesayangan aku neh

Dapat amik gambar camni pun kira dah nasib baik. hurrmm.. pape je lah Momo.

Okey lah, nak sambung buat kerja aku pulak. Nanti dah rajin, aku update lagi. muahahahaa

.Stay Smile =).

Saturday, 22 December 2012

Miss Ct (episod 1)

Assalamualaikum..

Genap seminggu aku bekerjaya sebagai pensyarah sambilan kat UiTM Machang.
walaupun agak letih tapi aku suka sebab aku dapat ajar subjek ekonomi, microeconomics and macroeconomics.

Actually, aku dok dalam kelas ni. hehehehehe.. tolong pensyarah senior jaga test student dia. Kalau masa degree dulu, kawan aku cakap aku ni sangat sesuai jadi pensyarah tapi, bila datang sini...... lain pulak yang jadinya........ aku dipandang 'kecik' T____T

For example (ecececeh, cam mengajar lak)

Di kantin, jumpa dengan staff HEA yang aku kenal, kak ida dan kak ati
me: kak ida, ore nak print attendance student, buleh ko buat kat HEA.
kak ida dan kak ati: Bakponya? nak buat untuk dr Nik ko?
me: untuk student ore la, jadi lecturer dah. lapor diri arini.
kak ati: oloh, tak sesuainya jadi lecturer. supo budok 
me: -__-'

Masa otw nak masuk kelas lak, jumpa nga pak guard
pak gad: dik, mana kad matrik?
me: saya lecturer part timer, baru lapor diri, takde kad lagi.
pak gad bagi ekspresi muka yang terkejut dam unbelievable
me: tak caya g lah tanya pentadbiran
pak gad: bukan tak caya, tapi awak muda lagi nampak
me: dah muka macam niiii -___-'

dan banyak lagi kes lain........ 
takpe, aku suka orang pandang aku 'kecik' sebab buleh sembunyikan umo sebenar aku.. takde dah soalan "bila nak kawin?"

one of my student said "miss umo bape? nampak macam 20."
memang tak nampak macam lecturer ke saya ni???? huhu.

p/s : nanti nak masuk kelas tanya student, awak nampak saya ni garang tak??? can't wait to know the answers
p/s/s: sape2 nak ambik aku jadi pelakon cite geng bas sekolah pun boleh. tapi aku nak jadi budak pompuan yang ganas, suka buli orang. hehehe

.Stay Smile =).

Wednesday, 15 August 2012

USM

Assalamualaikum...

I am about to enter the world which is Im not familiar....

Senin lepas, 13hb. Aku pegi USM nk jupe Dr Rosminah (naling la weeeii). Dr Rosminah ni pensyarah kat USM dan seorang yang sangat sibuk. Aku memang teringin nak jumpa dia dan menyatakan hasrat untuk sambung master in health eco kat USM. agak takut la, sebab USM kan penuh nga doctors dan students yang pandai2. memang takde kot yang loyar buruk cam aku ni. huhu.

Nak sampai kat USM tu, dengan penuh kesabaran di bulan Ramadhan, aku keluar tunggu bas/prebet/teksi. dekat nga 45 minit tunggu, Alhamdulillah la, teksi berenti dan terus ke stesen bas, dekat stesen bas tu aku tunggu pulak bas no 639 untuk ke USM. penat kan, tapi aku sabar je. kalau tak dapat master ni pun, aku redha, mungkin Allah nak uji aku. sampai depan USM, jauh jugak la jalan sebab aku turun bas depan wad hospital USM tapi bilik dr Rosminah kat USM. besa la tempat dia sampai sesat aku time nak balik. 

Dengan pertolongan seorang kawan yang dah dapat keja dengan prof kat USM tu, aku dapat jumpa dr Rosminah. dia la yang aturkan pertemuan kitorang, Alhamdulillah. Aku pun menyatakan hasrat kat dr tu, berminat nak apply untuk master ni. dia cakap, dia blh terima cgpa aku tapi, aku kena buat proposal dulu dengan tajuk yang dah dia cadangkan, then we will go to the next step. dr Rosminah ni tak kisah sangat dengan cgpa tak first class pun, asal boleh bwt kerja. Kalau tak boleh buat, dia takkan teragak2 untuk terminate student dia. huhu. Dia agak strict and punctual tapi bagus la kan, lebih berdisiplin. boleh ke aku buat ni??? kalau tak cuba n usaha, belom tahu kan. insya Allah, He always be with me. 

Nasib baik aku tak balik dengan bas hari tu, tak tahu kat mana nak tunggu bas. huhu. Ada la orang sudi datang ambik kat USM tu. nak kuar tu, sesat dulu T__T. k, bai.

wasalam.

.Stay Smile =).

Wednesday, 4 July 2012

tak lama dh lagi..

Assalamualaikum...


Tinggal 3 hari je lagi... 3 hari je lagi aku dah nak tamatkan pengajian aku kat uitm kelantan ni dan insya Allah, kalau ada rezeki aku sambung master ataupun kalau rezeki aku dapat kerja, aku kerja. kerja pun rezeki, sambung master pun rezeki.

thesis or project paper or industrial training report or whatsoever we call it, really gives me a nightmare. aku buat pasal purchasing power parity yang aku belaja sem lepas dalam international economic oleh madam sabrina yang sangat baik hati. ni bukan bodek tapi memang seriously, dia baik sangat2. honestly, aku enjoy jugak la buat benda ni tapi ke'enjoy'an aku tu, last2 minute dah sbb last2 minute baru aku reti nak buat. awal2 tu agak malas dan memang tahap gaban aku malas memandangkan aku memang malas sebab aku tak tahu apa pun pasal thesis/project paper/industrial training report dan advisor pn agak x encourage aku jadi aku xtahu pape pun. aku bersyukur sbb ada kawan2 yg sudi tolom aku. 


Last2 minute baru lah aku start tukar tajuk and struggle sampai la habis. tapi, aku rasa viva aku cam teruk je T__T. (viva tu presentation thesis, bukan perodua viva). harapkan yang terbaik la. marin aku dah edit, tambah2 sikit benda2 dalam thesis/project paper.industrial training report aku then, harini nak g jilid.


mengharapkan yang terbaik hanya dari Allah :)



diner pre grad yg kedua. first, msa diploma n now, for degree :)


. Stay Smile =).

Monday, 2 April 2012

Kisah Dulu Kala...

Assalamualaikum...


Aku malas nak buat introduction panjang berjela - jela berbelit - belit dan yang sewaktu dengannya (oke, intro ngarut).


Masa diploma dulu kan, geng aku ada 8 beradik dan kitorang unofficially named our group as G8 or girls 8. Ntahpape la dulu. Tapi, memang kitorang rapat la jugak, sedih ke, hepi ke, kongsi sama-sama. Jap2, aku kenalkan.


6 out of 8


abaikan yg laki tu ye.

Yang sorang lagi, aku ada gambar dia tapi aku takut nanti dia tak suka lak aku upload gambar lama dia. Geng kitorang ada aku, mimi, nina, ira, ain, norie, acik n mely.

Kisah aku dulu-dulu kan nga diorang ni... kitorang selalu je dok berkumpul 8 beradik then cakap pasal kawin. Memang separuh dari kitorang ni dah ada pakwe tapi, kitorang still jugak cakap, "agak-agak, sape ye kawin dulu nanti." Lepas tu, mula la nak point out dia tu dia ni. Lepas tu, gelak kuat-kuat. Takpe la gelak kuar suara pun kan, girls je. hehe. Tiap-tiap hari, mesti nak kumpul dalam bilik THO3/314. Aku ingat lagi nombor bilik tu. Bahagia sangat ada kawan-kawan macam adik beradik gini.

Then sabtu lepas, 31 March salah seorang dari kami kahwin!!! Maka, terjawablah persoalan kami zaman dahulu kala. Here comes the bride (gmbar lama, sebab tak ambik pun gambar dia pakai baju pengantin)

si tudung hijau ye, bukan si baju koko.

Agak menyesal la sebab tak ambik gambar melly ni pakai baju pengantin wane merah. Tengok orang kawin, aku pun teringin nak kawen. hehehe.

persoalan zaman sekarang lak
"sape la pulak yang akan kawin lepas melly ni ye?"
tapi, jawapan soalan tu dah ada, bulan 6 nanti. Tak sabarnye nak tengok kawan aku kawen. Lagi tak sabar aku nak kawen. (Genya/Gedik)




Wasalam.
. Stay Smile =) .


Wednesday, 21 March 2012

The Number One for Me.

Assalamualaikum...


Camat Pagi incik belog!!!! hehehe..
aritu kan, aku kol mak. gini la perbualan kitoram
me : elo, mak.. heheheheeeee
mak : hoh! ado gewe dah?
me : waaaaaa.. mano ado lagih.. nok kecek pasal lain la.
mak : nk kecek gapo?
me : emm, nak nyanyi ko mok ni..
mak : lagu gapo?
me : lagu maher zain hop baru. lagu utk ibu. dengar deh.




lagu ni best. mengalir air mata aku dengar lagu ni.. tersangat la best!


wasalam
. Stay Smile =).

Tuesday, 20 March 2012

Ema Suzila

Assalamualaikum..


Aku tulis ni sebab aku teringat kat Ema. Rindu sangat sampai termimpi2 Ema. Aku memang sayang sangat kawan-kawan aku. Ema, memang dulu aku nangis - nangis cam takleh terima hakikat, Ema xde dah. Dah lebih setahun Ema tinggalkan kami.
Masa tarikh 17 March, dah cukup setahun Ema pergi. Aku mimpikan dia. Aku tak nampak sangat tapi aku tahu dia ada. Then, aku nampak dia!!! Ema ceria, muka dia putih. Kalau yang aku mimpi tu, memang betol2 jumpe Ema, aku rasa dia memang bahagia kat sana. Alhamdulillah. Nanti giliran aku? bahagia tak aku? Ema tu, dah banyak menderita masa atas dunia ni. Sampai saat2 terakhir, kitorang takde kat dia. Tapi, at least.... she had her family that time.


Masa last hari kitorang dengan Ema, dia nampak hepi. Mungkin dia tak sangka pun kitorang akan teman dia jalan2. Asalnye nak pergi bandar, teman Yati beli tiket bas je. Tapi, kitorang tanya dia nak pergi mana, then ikut dia. Lepas tu, dia nak main boling. Aku la yang bawak dia dengan Yati sebab aku je asal Kelantan. Masa tu, aku pun tak biasa lagi sebab aku tak pernah jalan2 kawasan KB camtu. Takpe la, even kitorang takde masa dia menghadapi saat2 kematian pun. At least, kitorang dah tinggal kenangan hepi masa last day kitorang jupe n keluar sama2.


Aku mimpi Ema, nanti... giliran aku pulak ke?
Ema, kami sentiasa merindui Ema.


Wasalam..
. Stay Smile =) .

Monday, 19 March 2012

takdop tajuk

Assalamualaikum dan selamat petang..


Nak maghrib dh tapi aku sero nk bobe. Takkan la aku nok bobe sore dih, bobe dale ni je la kijo aku. Arini aku ada trip sekerat ari. g SK KOlam kat Bachok. Hop tok teheynyo, sapa kat sekoloh ado saim aku tanyo, mano kolam renang nyo -__-
errr, sebenarnya aku pun ingt SK Kolam ni ado kolam renang. hahaha. tapi gak, Kolam ni namo kampung kat daerah Bachok. Tak ajin denga belako bia ore kelate jugok pong. Lepas g sekoloh tu, sep aku g lawat tanaman rumput napiel. Nati la aku cito plop.


Aku letih bena, sakit paha sebab dok jale, berlari kat rumput sebab nok g denga pok cik harun kcek pasal tanaman nih. Aku sakit ni bukan sbb gapo, aku pakai baju kurung, sandal agak tinggi, g dekat padang berlari sebab eksaited tengok keindahan ciptaan Allah. Aku suke tengok, hijau gtu. Aku tok caro doh, panas, meroh supo keno bakar dh muko aku.


Letih2. Gi semaye dulu..


senyum sokmo la deh.
entri kok kelate. sedak kecek kelate.

Wednesday, 14 March 2012

Memori 5 siblings (cont)

Assalamualaikum..


Selamat pagi sume. Bangun pagi kena cenyum nati awet muda. 


Aku nak sambung yg lepas la. Sebenarnya, asal 5 siblings ni, 6 siblings. Tapi, disebabkan Allah sangat la menyayangi salah seorang dari sibling kami, Ema Suzila, Dia pun ambik Ema dari kami, dari keluarga Ema. Ema tinggalkan kami, bulan Mac tahun lepas sebab asthma. Sedih, aku 2,3 hari ngadap fb Ema, tengok gambar kitorang pergi The Store KB, Mekdi KB, KBMall. Ema pandai men boling dan dia suka men boling. Aritu, kitorang men sampai 2 game. Letih sangat rasa, tapi takpe la sebab Ema cakap, dia rasa sihat sikit bila men boling. Masa tu, kitorang baru je habis final exam semester 3. Lepas men boling, kitorang pegi makan piza. Last day nga Ema. Semester 4, dia extend dan kami memang tak jupe sampai la ari dia tinggalkan kami. Aku ada banyak gambar Ema tapi, tak leh tunjuk kat public, arwah dah takde. Kitorang memang selalu ingat Ema.


Aku berterima kasih jugak kat Allah bila Ema dah takde sebab dia sakit sangat, kelas banyak tinggal, asyik masuk wad. Bila dia masuk wad dulu, dia takde bagi taw sape pun. Kitorang pun cam marah la n pesan, lain kali kalau masuk wad k, ada jadi pape k, sms kitorang. Aku pernah teman dia pergi klinik UiTM sebab masa dok dalam student centre, dia kena asthma. 
Tapi, masa mula-mula aku dapat taw Ema dah takde, aku nangis sampai aku cakap kat mak sedare dia, nape tak bagi dia dok KB je, kan dia cakap dia tak sakit sangat dengan udara KB ni kalau nak banding nga udara Perlis. Aku macam tak leh nak terima hakikat masa tu. Tapi, semua tu memang dah ditetapkan oleh Allah. Ema ditakdirkan jadi kawan kitorang and she still remain in our heart forever. Insya Allah, jika persahabatan kami ikhlas dan kerana Allah, kami pasti akan berjumpa di akhirat :')


Masa pergi pantai Sri Tujuh aritu, kitorang teringat gak dekat Ema. Yati cakap, kalau Ema ad a ni, mesti dia suka. Tapi, tak baik cakap macam tu sebab mungkin Ema bahagia kat sana. Al - Fatihah buat Ema Suzila. Kitorang keluar jalan - jalan pun sebab ni last semester kitorang di kampus KB. Lagipun, sem lepas kitorang takde pun kuar jalan-jalan. pegi kepci dekat kampus tu je la, tu pun jalan kaki. Tak rancang pun sebenarnya nak pergi pantai Sri Tujoh. Tu pun, ada sorang classmate kitorang yang tinggal kat situ ajak pegi umah dia. Best sangat dok kat pantai, berangin je. Dengar bunyi pantai pun, aku rasa dah eksaited cam nak je terjun dalam tu. hehe.


the pantai. yang itam dalam tu, siput pe ntah.

sebenarnya, aku nak ambik gmbr denga siput tu. tapi siput tu kecik sangat.


dari kiri, Yati Farahin Abe Mat Imi Ct

"Ya Allah, berkatilah persahabatan kami, jauhkan lah kami dari perbuatan keji dan mungkar, dan lindungilah kami, ya Allah. Semoga persahabatan kami kekal di dunia dan di akhirat."

Wasalam.
. Stay Smile =) .

Thursday, 8 March 2012

Memori 5 siblings

Assalamualaikum..


Hari tu aku ada citer pasal kenangan masa diploma, memang suatu kenangan yang tak dapat dilupakan. Masa degree ni, aku ada gak kawan baik. Even tak ramai cam diploma dulu, aku tetap rasa yang kawan aku time degree ni, memang betol-betol kawan sebab kitorang saling tolong-menolong, tak berkira sangat, tak pernah gaduh pun. Kitorang epi je, sorang ada masalah, kelima-lima orang akan tahu and we try to solve it. Kalau time ada masa kosong, kitorang borak-borak dan share info pasal isu semasa, freemason, tanda akhir zaman, macam-macam la sebab ada 2 guys dalam 5 orang ni, ada pengetahuan pasal benda camni.


Semalam, kitorang berkumpul 5 beradik, pergi jalan-jalan. This will be our last sem together sebab nanti, masing-masing akan bawak haluan sendiri. Aku sebenarnya harap kitorang boleh dapat kerja sama-sama tapi, semua tu Allah yang tentukan. Bila Allah tentukan sesuatu perkara, seluruh isi alam pun tak dapat mengubahnya. Nanti sambung malam ni ye, insya Allah. Aku ada gambar tapi tak leh masuk laptop ag. 


Wasalam.
. Stay Smile =) .

Tuesday, 6 March 2012

Project Paper

Assalamualaikum..


Hari ni, Alhamdulillah aku berterima kasih kat Allah s.w.t. Pagi tadi, aku ada taklimat project paper kul 9 pagi dan aku siap pakai kul 8.40 gitu. Agak takut la, mana tahu sampai lewat nanti, kena dok belakang lak. Aku dah la tak tahu cane nak start project paper a.k.a thesis aku ni, madam Wanie Malek lak kadang - kadang datang awal. Keluar cabang rumah tadi, keta tak banyak so, aku boleh lintas dengan selamat dan tak perlu berlari lari sampai kecik kepala. Lepas lintas tu, aku jalan nak pergi kat tempat tunggu bas, tak sempat sampai dah ada keta sewa berenti, terima kasih Allah. Sampai kampus tepat kul 9 dan baru ada sorang dalam kelas, Madam pun tak sampai lagi.


12 April dah kena hantar first proposal. Takut sangat, masa cuti sem dah buat sikit tapi aku tak berapa yakin. Nak kena buat balik. Insya Allah, aku boleh buat. Salah satu sifat Rasulullah, tak putus asa so, aku pun tak boleh putus asa. 


Wasalam.
. Stay Smile =) .