Selamat pagi sume. Bangun pagi kena cenyum nati awet muda.
Aku nak sambung yg lepas la. Sebenarnya, asal 5 siblings ni, 6 siblings. Tapi, disebabkan Allah sangat la menyayangi salah seorang dari sibling kami, Ema Suzila, Dia pun ambik Ema dari kami, dari keluarga Ema. Ema tinggalkan kami, bulan Mac tahun lepas sebab asthma. Sedih, aku 2,3 hari ngadap fb Ema, tengok gambar kitorang pergi The Store KB, Mekdi KB, KBMall. Ema pandai men boling dan dia suka men boling. Aritu, kitorang men sampai 2 game. Letih sangat rasa, tapi takpe la sebab Ema cakap, dia rasa sihat sikit bila men boling. Masa tu, kitorang baru je habis final exam semester 3. Lepas men boling, kitorang pegi makan piza. Last day nga Ema. Semester 4, dia extend dan kami memang tak jupe sampai la ari dia tinggalkan kami. Aku ada banyak gambar Ema tapi, tak leh tunjuk kat public, arwah dah takde. Kitorang memang selalu ingat Ema.
Aku berterima kasih jugak kat Allah bila Ema dah takde sebab dia sakit sangat, kelas banyak tinggal, asyik masuk wad. Bila dia masuk wad dulu, dia takde bagi taw sape pun. Kitorang pun cam marah la n pesan, lain kali kalau masuk wad k, ada jadi pape k, sms kitorang. Aku pernah teman dia pergi klinik UiTM sebab masa dok dalam student centre, dia kena asthma.
Tapi, masa mula-mula aku dapat taw Ema dah takde, aku nangis sampai aku cakap kat mak sedare dia, nape tak bagi dia dok KB je, kan dia cakap dia tak sakit sangat dengan udara KB ni kalau nak banding nga udara Perlis. Aku macam tak leh nak terima hakikat masa tu. Tapi, semua tu memang dah ditetapkan oleh Allah. Ema ditakdirkan jadi kawan kitorang and she still remain in our heart forever. Insya Allah, jika persahabatan kami ikhlas dan kerana Allah, kami pasti akan berjumpa di akhirat :')
Masa pergi pantai Sri Tujuh aritu, kitorang teringat gak dekat Ema. Yati cakap, kalau Ema ad a ni, mesti dia suka. Tapi, tak baik cakap macam tu sebab mungkin Ema bahagia kat sana. Al - Fatihah buat Ema Suzila. Kitorang keluar jalan - jalan pun sebab ni last semester kitorang di kampus KB. Lagipun, sem lepas kitorang takde pun kuar jalan-jalan. pegi kepci dekat kampus tu je la, tu pun jalan kaki. Tak rancang pun sebenarnya nak pergi pantai Sri Tujoh. Tu pun, ada sorang classmate kitorang yang tinggal kat situ ajak pegi umah dia. Best sangat dok kat pantai, berangin je. Dengar bunyi pantai pun, aku rasa dah eksaited cam nak je terjun dalam tu. hehe.
the pantai. yang itam dalam tu, siput pe ntah.
sebenarnya, aku nak ambik gmbr denga siput tu. tapi siput tu kecik sangat.
dari kiri, Yati Farahin Abe Mat Imi Ct
dari kiri, Yati Farahin Abe Mat Imi Ct
"Ya Allah, berkatilah persahabatan kami, jauhkan lah kami dari perbuatan keji dan mungkar, dan lindungilah kami, ya Allah. Semoga persahabatan kami kekal di dunia dan di akhirat."
Wasalam.
. Stay Smile =) .
No comments:
Post a Comment