Pagi Jumaat yang indah. Terima kasih, Allah kerana panjangkan umurku dan semoga pada Jumaat depan, aku masih lagi bernyawa untuk terus melakukan ibadat pada Mu.
Aku ada nak kongsi sedikit pengetahuan yang aku ambik dari ustaz, aku lupa namanya yang pasti, dalam rancangan Madrasah Syariah kt tv Al-Hijrah. Ustaz cakap pasal sembahyang dan jugak ustaz ni ada cerita perihal orang zaman sekarang. Kita suka buat perbandingan kan, contohnye
"alah, oke la ni aku solat zohor, asar, maghrib, isya'. Tinggal subuh je. Nak buat camne, aku susah bangun pagi, bukan sengaja pn. 2 kali seminggu je aku tertinggal sebab hari takde kelas. Ada sorang kawan aku tu, tiap2 hari tak semayang subuh sebab tak bangun."
"alah, aku tak pandai bace quran pun takpe, aku reti pe bace ayat kursi, ayat2 muawizat pn aku tahu, 3 qul tu. Kawan aku tu, surah al ikhlas pn dibaca doa qunut. Tu pun gagap."
"korang ingat aku teruk ke?? ada lagi yang teruk dari aku, oke. Aku minum arak mabuk2 nga kawan2 laki aku masa besday aku je tapi aku still suci lagi, ye. Ada sorang minah tu, tiap2 malam tukar2 jantan."
JANGANLAH NAK BUAT PERBANDINGAN MACAM NI.
kita tak boleh la bandingkan diri kita dengan orang lain dalam bab kurangnya ibadat. Faham tak? kalau tak faham, bace balik contoh di atas. Perbandingan macam tu, tak dibenarkan. Kalau ada kawan2 korang cakap macam tu, pukul dengan hanger. Kalau dia marah korang cakap la, "aku pukul setan kat bahu kau tu. Berani tol hasut kawan aku cakap camni."
Kalau nak banding dalam bab kesederhanaan duniawi tak pe la. contohnya.
"Takpe la, aku pakai BMW, tak guna Lamborghini pun xpe. Kawan aku tu, pakai Saga je pun. BMW ni bkn aku punya gak, Allah yang punya. Aku pinjam je."
"Takpe la, aku pakai Saga ni. Cukup untuk aku bawa anak bini aku pergi masjid, dengar ceramah. Ada orang tu, guna motor je bawak anak bini."
"Aku ni dah bersyukur ada motor ni, kawan aku tu jalan kaki je. Kalau nak pergi jauh sikit, naik bas, LRT."
"Alhamdulillah, aku boleh lagi nak jalan kaki pergi stesen bas. Aku tengok ada sorang tu, kaki pun takde tapi berusaha untuk cari rezeki."
Faham tak, faham tak??
Harta dunia, milik Allah. BMW ke, Lamborghini ke, semua pinjaman dari Allah. Tangan, kaki, telinga, mata, semua milik Allah. Kita? papa kedana, miskin, hina. Bila Allah bagi nikmat, sentiasa la bersyukur.
Senang je nak ucap syukur pada Allah, Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Lailaha illa Allah. Time jalan kaki pun boleh. Ucapan yang sedikit ni, ganjaran dapat banyak berjuta-juta. Mana nak cari bang, camni? Lagi pun, nikmat Allah tak terkira.
Sayangkan Allah pada kita :')
Wasalam.
. Stay Smile =) .
p/s : ada salah, tolong tunjuk ajar :)
No comments:
Post a Comment