Assalamualaikum..
Nak dapat pahala, sangat lah mudah memandangkan kita semua tahu, Allah maha Pemurah.
Meringankan mulut kita dengan menyebut kalimah Allah adalah salah satu darinya. Aku kan, mudah sangat melatah, setiap masa, mudah sangat terkejut. Korang pernah tengok kucim? benda gerak sikit pun, dia melompat. Sama la cam aku, especially time nampak cicak. Waaaaa, kul 5 pagi pun aku jerit. Orang muda cam aku pun, dah melatah sana sini. Aku pun, selalu gak dengar, orang tua ke, muda ke, kalau melatah mesti habis terkeluar #@$%^&*^$$%^^. Tak boleh sebenarnya, kita yang muda ni ajar diri latah keluar benda2 uduh camtu. Try didik diri kita, asal terkejut je, "YA ALLAH!". Dapat pahala free. Macam ni dalam gambar kat bawah. Okey, memang la kan, bila kita melatah sume benda tu keluar secara otometik kan. Tapi, kalau kita letak kalimah2 Allah, dalam kepala, secara otometik jugak la kalimah2 tersebut akan keluar dari mulut kita.
Sama jugak time nak marah, uiiiissshh, habis segala benda2 buruk keluar dari mulut si pemarah tu. Korang tahu kan, time kita marah la setan datang hasut kita untuk terus menerus marah. Padahal benda kecik je. Try korang ajar diri korang camni.
Buat camni, setan pun lari. Terus tak jadi nak marah, rasa sakit hati sikit je but, at least kita akan rasa tenang slow2. Yakin lah pada Allah :)
Senang sangat nak dapat pahala. Nak melakukan sesuatu benda, tak kira la kerja apa pun, ringankan mulut sebut Bismillah. Selain dapat pahala, Allah jugak akan permudahkan urusan kita asalkan perkara itu bukan perkara yang mungkar. Nak goreng ikan, basuh baju, seterika baju ke, semua benda pun, bace lah Bismillah.
Faham tak, faham?? hehe
Nikmat Allah, banyak sangat. Ni lah salah satu cara dari berjuta cara untuk kita berterima kasih pada Nya.
Aku share apa yang aku tahu, kalau salah, sila tunjukkan.
Wasalam.
. Stay Smile =) .
No comments:
Post a Comment