Assalamualaikum...
Haii sume!!! Annyeongha saeyo!! hehe. 2 minggu dah aku dok KB, ni baru nak update belog. Tu pun sebab aku geram sebenarnya dengan salah seorang student UiTM ni. huhu. Tapi, idup tetap kena ceria taw. Maksud aku, ceria tu senyum-senyum selalu la. Jangan terlampu dok suka-suka, gelak-gelak, tu memang dah melampau sebab bila kita dok kuat sangat gelak or kalau kelantan cakap galok, ia akan buat kita lupakan Allah. Nauzbillah.
Aku sebenarnya semalam lagi rasa nak marah dengan orang yang berlagak sombong ni. aiissshh, memang aku benci la nga manusia berlagak ni, sakit ati sangat wooo.. Nape dia berlagak? sebab dapat result superb, pandai, bijak, dan amat la sombong. Tengok dalam fb pun dah nampak cara dia yang agak sombong tu. Rasa macam nak g PM je dia nak cakap, kita hamba abdi Allah, kita ni hina depan Allah, taraf kita semua sama je depan Allah, so jangan la nak berlagak sebab pape pun yang kita dapat, pemberian dari Allah, baik kita ucap Alhamdulillah dari menunjuk kelebihan yang kita ada. Kalau Allah nak tarik balik, seluruh isi alam pun tak dapat menghalang. Kita idup di atas jalan yang telah ditentukan oleh Allah. Kalau manusia, dah berlagak tu, memang tak ramai la kawan dia kan. Korang suka ke berkawan nga orang berlagak? tak nak la aku. menyampah, rasa nak ketuk je nga pen.
Kalau aku still kerja kat petronas ni, aku ketuk nga penyenduk wafle dh. huhu.
Aku pun bukannya alim sangat cuma, aku tak nak hati aku tak ingat kat Allah, tak ingat kat manusia yang paling mulia, Nabi Muhammad Rasulullah. Kadang-kadang aku lupa sape aku, aku pun manusia yang ada dosa sebab di sisi aku banyak syaitan yang menggoda dan menghasut dan aku pun pernah terpedaya ngan diorang. aku cuma nak bagitau korang ape yang aku tahu even tak banyak pun. Dakwah bukan hanya tugas ustaz or ustazah je kan. Manusia kena saling ingat mengingati antara satu sama lain. Oke lah, setakat ni dulu. Aku nak pergi kelas. Wassalam.
. Stay Smile =) .
No comments:
Post a Comment