Sunday, 25 December 2011

sedikit kata-kata

Ujian...

Assalamualaikum...


Dah lama sangat aku x update kan. Banyak kerja la, esaimen, presentation, test. adoyai.
aku update arini, ad cite kat korang. Aku amik catatan sorang kawan aku yang sakit aritu. dia sakit mata je tp dia cakap kat aku, seksa sangat dia sakit. rasa macam nak mati la, rasa macam akan jadi buta la. ginilah catatan dia...


Mata aku, sakit sangat2 sampai aku terfikir, nak mati dah ke aku ni? aku rasa senak sangat2 kat mata aku, kepale aku, berdenyut2 dan teramat lah sakit bila aku tengok cahaya lampu. aku kena sentiasa dok dalam blik gelap. 2,3 hari lepas, aku langsung tak boleh nak bukak mata, sebab mata aku jadi silau dengan cahaya. hari khamis, 1/12/2011, aku pergi klinik. doktor cakap mata aku kena virus and it take 2 weeks to heal. aku rasa nak nangis sebab kurang dari sebulan dah nak final exam. assignment aku banyak bertimbun. aku mengeluh, menjerit, mata camni, cane nak buat kije???!!! mak aku marah sebab aku mengeluh. aku lari masuk bilik nangis sebab takde pun orang rasa betapa seksanye aku gini, mata kiri terpaksa tutup, mata kanan pun jadi layu terasa nak tutup jgk. Malam Jumaat, aku bersedih lagi sebab mata aku gatal-gatal bila bukak. tapi, aku fikir, yasiin memang dah dalam kepale aku 70%, aku cube jugak bace, klu tak ingat tgk sikit kat quran. kalau ditakdirkan aku buta, aku tak leh baca Qurann lagi dah. aku tertido sebelum isya', dalam kul 9.30 aku tersedar, try bukak mata. jadi makin teruk! bila aku bukak je mata, kepale aku teramat lah sakit, mata aku sangat la senak tambah ak bila aku tengok cahaya lampu, aku rasa nak jerit kuat2 nak ckp betapa sakitnya mata aku ni. sakit sangat, nak msg nga kawan aku pn kena pakai spek itam sbb aku xleh tgk cahaya. agak lucu tapi, sakit T.T. laptop memang aku tak leh nak hadap dah sebab mata aku sakut.
aku sedih sebab sakit gini buat aku xleh study, xleh buat assignment tapi, bila aku fikir balik, aku BERTUAH, Allah bagi ujian kat aku, aku bertuah sebab aku disayangi Allah dengan dapat ujian gini. dengan dapat sakit gini, dosa-dosa kecil aku terhapus, maknanya Allah sayang aku, Dia nak dosa-dosa aku terhapus. bila fikir camni, aku tak nak dah mengeluh, aku nak sabar sebab aku memang nak Allah uji kesabaran aku, sebab tu tandanya Allah sayang aku dan aku tahu, setiap ujian, ada hikmahnya. Terima Kasih, Allah.


camtu la cite dia. Insaf aku bila bace. memang betol, bila kita sakit, dosa-dosa kecil akan terhapus. kak long aku cakap, kalau kita sakit, kita kena sentiasa ucap Astaghfirullah sbb sakit tu penghapus dosa. So, korang2 kena ingat ye, bila sakit jangan mengeluh tapi, sentiasa beristighfar. 


. Stay Smile =) .