Wednesday, 15 August 2012

USM

Assalamualaikum...

I am about to enter the world which is Im not familiar....

Senin lepas, 13hb. Aku pegi USM nk jupe Dr Rosminah (naling la weeeii). Dr Rosminah ni pensyarah kat USM dan seorang yang sangat sibuk. Aku memang teringin nak jumpa dia dan menyatakan hasrat untuk sambung master in health eco kat USM. agak takut la, sebab USM kan penuh nga doctors dan students yang pandai2. memang takde kot yang loyar buruk cam aku ni. huhu.

Nak sampai kat USM tu, dengan penuh kesabaran di bulan Ramadhan, aku keluar tunggu bas/prebet/teksi. dekat nga 45 minit tunggu, Alhamdulillah la, teksi berenti dan terus ke stesen bas, dekat stesen bas tu aku tunggu pulak bas no 639 untuk ke USM. penat kan, tapi aku sabar je. kalau tak dapat master ni pun, aku redha, mungkin Allah nak uji aku. sampai depan USM, jauh jugak la jalan sebab aku turun bas depan wad hospital USM tapi bilik dr Rosminah kat USM. besa la tempat dia sampai sesat aku time nak balik. 

Dengan pertolongan seorang kawan yang dah dapat keja dengan prof kat USM tu, aku dapat jumpa dr Rosminah. dia la yang aturkan pertemuan kitorang, Alhamdulillah. Aku pun menyatakan hasrat kat dr tu, berminat nak apply untuk master ni. dia cakap, dia blh terima cgpa aku tapi, aku kena buat proposal dulu dengan tajuk yang dah dia cadangkan, then we will go to the next step. dr Rosminah ni tak kisah sangat dengan cgpa tak first class pun, asal boleh bwt kerja. Kalau tak boleh buat, dia takkan teragak2 untuk terminate student dia. huhu. Dia agak strict and punctual tapi bagus la kan, lebih berdisiplin. boleh ke aku buat ni??? kalau tak cuba n usaha, belom tahu kan. insya Allah, He always be with me. 

Nasib baik aku tak balik dengan bas hari tu, tak tahu kat mana nak tunggu bas. huhu. Ada la orang sudi datang ambik kat USM tu. nak kuar tu, sesat dulu T__T. k, bai.

wasalam.

.Stay Smile =).

Wednesday, 1 August 2012

master....

Assalamualaikum...

Ramadhan dah masuk hari yang ke 12, sekejap je masa berlalu. Bulan ni, buat la semayang hajat banyak2, semoga doa2 kita dimakbulkan oleh Allah. Tapi, aku rasa hidup aku ni tak tenang. tak tahu kenapa :((


Sekarang ni aku dok kB, sedang berkira2 sama ada nak sambung master or not. Kalau aku sambung pun, aku akan sambung master by research. tapi kan, aku takde keyakinan yang aku boleh buat ke tak master by research ni sebab banyak sangat halangan dan cabaran dan yang paling aku takut sekali kena kritik, marah2 T___T. perkara biasa je bila buat research but i think it may make me stronger.


Antara sebab kenapa aku takut ialah, aku dah 5 tahun belajar kat uitm dan untuk master, aku akan beralih ke usm, agak tough sebab aku akan bertukar kepada environment baru yang lebih mencabar. masa aku sem akhir kan, aku ada buat final project iaitu thesis yang buat aku rasa "eh,best jugak buat research ni. banyak sangat benda baru yang kita belaja." At the same time, banyak jugak air mata keluar sebab aku rasa benda ni susah.


Tapi kan, tak salah kalau aku cuba kan. 3years ++ untuk master ni (habis tu, bila aku nak kawin T____T). Segala rezeki datang dari Allah dan aku hanya perlu berdoa dan mengharap yang terbaik, usaha pun perlu ada. Kadang-kadang rezeki yang datang tu, sesuatu yang tak pernah kita jangka pun. eh kejap....3 years tu masters + phd kot. ak nk master je so, setahun setengah. sory, kurang pengetahuan sikit. hehehehehe. oke lah. bai..


.Stay Smile =).