Wednesday, 31 August 2011

Salam Lebaran

Assalamualaikum..

SELAMAT ARI RAYA!!!

Syawal dah 2 hari, baru nak wish kan. ish ish. Nak buat camne, aku kena kerja la raya pertama semalam. Sabo je la.

dok buat wafle.

 Ni bukan gambar masa raya pertama, ni gambar masa malam puasa. Yang men sorok-sorok kat belakang aku tu nama dia Ifah, nice girl. hehe.


Haaa, yang pakai baju raya tu aku la. masa ni tengah kalut nak tukar shif dah, habes gas dah aku, lembik. Mesti la lembik sebab keje dari pukul 12 pm sampai 11 pm. Tapi tape, aku suka je sebab leh tengok ramai orang *sebenarnya tak sempat tengok pun sebab dok kalut layan customer ramai sangat*. pastu ada je customer tegur, raya pun keje ke? -_- kalau tak keje tak bukak kedai la ooii. Aku sedih gak kerja time raya pertama sebab malam tu, masa aku dok sibuk jadi cashier, askar-askar kecik aku sedap je dok men mercun. wuwuwu T_T. Sabo je la. Abah sampai malam tu kul 10.30 pm gitu, abang ipar aku pergi ambik kat airport. Alhamdulillah, abah n abe yie sampai ngan selamat. Aku je tak selamat kat tempat kerja semalam, nasib baik kaki tak krem. Bukan nye senang nak layan kerenah customer yang macam-macam ni. Sabo je la, tanggungjawab kan kena senyum je selalu. Raya kedua cuti!! arini la raya kedua tuuh -_-. Aku raya kat KB arini, pegi rumah maksedara aku kat WCY which is FYI Wakaf Che Yeh.  oke lah, nak tido. chow. salam.

. Stay Smile =) .  

Thursday, 25 August 2011

GANJIL di Bulan Puasa

Assalamualaikum...
  
1. Sunat berbuka puasa dengan buah kurma dengan kiraan GANJIL iaitu 1, 3 atau 5. Tapi agak melampau kalau korang bedal smpi 31, 33 atau 35.

2. Malam lailatulqadar dikatakan berlaku pada bilangan GANJIL 10 malam terakhir iaitu 21, 23, 25, 27 atau 29.
3. Pada malam lailatulqadar dikatakan akan berlaku sesuatu yang GANJIL pada orang-orang yang tertentu sahaja. Erk, faham je la sape orang tertentu tu ye.

4. Semayang terawikh biasanya akan dilakukan samada sebanyak 8 atau 20 rakaat dan disunatkn buat solat witir sama ada terus kat masjid, berimam atau buat masa kat rumah dan solat sunat witir akan dilakukan dengan bilangan rakaat GANJIL iaitu 1, 3, 7, 9 atau 11.

5. Lepas dah solat terawikh sama ada 8 atau 20 rakaat, sunat pulak buat witir yang bilangan nya GANJIL. Maka, jumlahnya jugak akan menjadi GANJIL, iaitu 11 atau 23 rakaat.
6. Yang keenam takde sebab entri ni tajuk dia GANJIL so, sampai 5 je.

. Stay Smile =) .

Tuesday, 16 August 2011

15 Ramadhan

Assalamualaikum

Aku sedih sebenarnya ni, semalam lagi sedih sebab tu buat entri hari ni. Sebab ni kan belog senyum so, aku tak leh taip entri time aku sedih. Semalam aku pergi hantar abah n abang aku, abe yie pergi Mekah. Sebenarnya, hantar pergi airpot kat Pengkalan Chepa je bukan hantar terus ke Mekah (sempat lagi loyar buruk -_-). Padahal bukan tak pernah hantar abah pergi Mekah, 2 tahun lepas pun pernah hantar kot tapi semalam rasa lain, rasa sayu je. 


abah

Abah naik flight pukul 4.45 ke Kolumpo pahtu naik flight ke Jeddah pukul 2 pagi. Lepas hantar abah, aku, adik n kakak serta askar kecik 2 orang bukak pose kat Food Village or nama fames tempat tu, chim chum (sedih pun, ada je selera makan -_-). Makan tetap makan, huhu.

Askar kecik nga mama

with my sis (sedih pun,still senyum je -_-)

  licin

I know most of you know this place right? tempat ni boleh ambik banyak-banyak makanan which cost RM15 per person if im not mistaken (sebab kakak yang bayarkan so, not sure -_-) tapi dengan syarat kena habis la, kalau tak habis memang korang kena cas RM10. Bagus jugak dia kenakan cas camtu, baru la tak membazir. Aku tak suka membazir, membazir kan amalan syaitan, sebab benci syaitan kena benci amalan dia, ke korang suka syaitan? so, elakkan pembaziran. Bukan semua orang senang macam kita boleh makan sedap-sedap, jangan la membazir.

Sampai rumah dalam pukul 10 lebih gitu, aku memang terasa la sunyi semalam, rasa down down down gitu. Kesian mak kat rumah dengan Shafiq je. Aku balik pun tengok meja tak kemas sebab mak dah tak larat nak simpan, letih jaga cucu. Sebagai seorang perempuan yang bergelar anak dara, maka wajib lah aku menyimpannya sebab dah tanggungjawab kan. Malu kokram *blushing*. Terasa rindu kat abah, kul 11.30 p.m call abah T_T. Pukul 4 pm tadi abang aku call cakap dah sampai Jeddah, ALHAMDULILLAH. Abah aku dah tua, uzur, aku bimbang la sebab dia nak jalan pun tak berapa boleh dah, kaki dia sakit. Mujur abah pergi dengan abang aku, tak bimbang sangat. Hope everything gonna be fine, insya ALLAH.

. stay smile =( .
p/s : ikon sedih tu bukan pe, aku rindu abah aku. next entri aku senyum.

Sunday, 14 August 2011

Perut Yang Sihat

Assalamualaikum.

Korang-korang semua, mesti korang tahu kan pasal Nestle Bliss 14 days challenge tu kan kan kan. Hehe. Iye, aku tahu benda tu dah lama tapi aku nak jugak cite pasal ni sebab aku hepi ni hepi. Sebab ni belog senyum, so aku nak jugak kongsi ke'hepi'an aku dalam belog senyum aku ni. Perut aku ni bukan sihat sangat pun tapi lepas baca entri ni and tengok sini, aku rasa macam, yay! dah jumpa jalan penyelesaian untuk perut yang sihat. Minum la Nestle Bliss 2 kali sehari dan dapatkan perut yang sihat, bila perut dah sihat, kita pun ceria kan kan then boleh baca belog senyum ni sambil sengih. 

Masa bulan Mei dulu, Nestle Bliss ada buat offer sempena 14 Days Challenge ni, 1 botol 200g Bliss leh dapat RM1.90, murah je. Tapi nasib aku tak baik masa tu, aku dapat tahu masa 1 Jun dah n offer pun dah habis. Aku dapat tahu pun sebab aku masuk kerja kat Petronas masa 1 Jun. Rugi rugi *sigh*. Dari RM1.90 dah jadi harga asal, RM2.20 kat Petronas -_-. Tak leh beli lagi. Tahan je la. Dapat gaji pertama, terus beli 2 botol nak try minum pagi n malam, waah, dah nampak kesan la. Aku pun amal la tapi tak amal selalu, sekali sekala je sebab takde budget sangat. huhu. Dulu aku suka minum yang strawbery je, but now I've fall in love with mixed fruit laa, orange mix with markisa n kiwi mix apple. Both of them sangat sedap. Kalau nak beli 2 botol untuk minum sehari, mesti ambik 2 ni. 


Saaaangaaat lazat, I bet most of you love this Nestle Bliss. Besides, it have a lot of goodness for us. Bliss is the only yoghurt drink in Malaysia which contains inulin and live cultures with the real fruit juice. Memang real juice and takde pun artificial colour okey, people. I bet u guys already about this -_-. Nak kurus pun, memang terbaik la kalau pilih Nestle Bliss nak buat diet. Kawan-kawan UiTM, nanti tengok la ct fatimah yang dah kurus ye sem depan. Insya Allah. 

Hepi aku lagi la bertambah bila dah ada PKT yang baru je bukak kt Kuala Krai ni, barang-barang dia memang murah sangat-sangat, aku dah dapat beli Nestle Bliss ni RM1.95 sebotol, murah tak murah tak? murah kan. Dah dekat harga offer yang dah aku terlepas dulu la. Masa offer dulu tak dapat, sekarang dah dapat. Yay! Semalam dah beli 2 botol 200g, petang tadi pergi borong pulak 4 botol. Hehe. Nasib baik kali ni. ALHAMDULILLAH. Sebab tu aku hepi, masa beli tadi pun aku senyum je, nasib baik nga kakak aku, kalau tak, orang ingat aku senyum sorang-sorang dah. Hehe. 

. stay smile =) .

hyperinflation

Assalamualaikum.


Selamat tengah ari kawan2. Eh, korang tahu tak? Pernah tak korang terbayang, kanak-kanak dok main-main sesama diorang? *macam tak betul je ayat tuh*. Eh, tak bukan yang biasa korang tengok kat playground playing sand buat sandcastle men buaian hayun tinggi-tinggi tu bukan. Tengok gambar ni.



Agak-agak korang la, apa yang diorang main tu? syok sangat sampai tak perasaan orang ambik gambar. Selalu kita tengok kanak-kanak main lego ke, block yang warna-warni tu ke susun tinggi-tinggi camtu kan tapi, bebudak dalam gambar ni tak main la lego, block tu sume sebab masa ni tahun 1923, lego pun tak wujud lagi kot. 

Haa, meh nak kongsi cerita dengan korang. Bebudak dalam gambar ni, diorang main susun duit, duit yang baaaaaanyyyyaaaakkk sangat, terlampau banyak sampai boleh buat main. Sume ni berlaku sebab hyperinflation la. Hyperinflation jarang sekali berlaku dan ianya pernah berlaku masa tahun 1923 kat Republic of Weimar, German. Lepas perang dunia pertama. Sebabnya, German banyak buat loan pada masa war tu.

Sem lepas aku ada buat research pasal ni. Aku pun tak pernah sangka gak hyperinflation berlaku macam ni. Iye lah, bukan setakat duit tu jadi mainan cam Lego, ada jugak people yang guna duit buat wallpaper rumah. Masa berlaku hyper ni kat German, sehari tu, 3 kali pekerja dapat gaji, pah tu, nak g ambik gaji pulak kena bawak troli yang macam kereta sorong tu sebab banyak sangat gaji dapat. Bila dah dapat gaji, kena terus belanjakan untuk beli barang-barang keperluan sebab harga barang akan naik.



haa, tu duit la tu banyak2 tu.



Duit cam takde nilai sangat dah sebab people siap boleh buat wallpaper. 
Hyper kat Weimar solved setelah Hjalmar Schacht jadi currency commissioner, then the old central bank was not allowed any discounting on government treasury bills, which meant the corresponding issue of paper also stopped. Transaction yang melibatkan peningkatan pengaliran wang dalam pasaran juga dikurangkan sebab kerajaan nak kurangkan money in the market. So, hyper pun dapat la dikurangkan. Tapi tapi tapi, masalah ekonomi takkan berlalu begitu sahaja, hyperinflation kurang, jap ag akan berlaku masalah yang lebih teruk sampaikan ramai yang bunuh diri. Haa, yang tu lain cerita. Kita sambung lain kali pulak. 

Bulan2 pose ni, jimat-jimat la sikit ye. Jangan beli makanan ikut nafsu, membazir pulak, kurang la pahala puasa ni. Bulan puasa ni, bulan banyak pahala. Senyum pun dapat pahala. So, senyum sokmo sokmo deh.

. stay smile =) .

p/s : saya budak baru belajar. Kalau ada salah, tolong la tunjukkan ek.

Please Smile, People.

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua!!!! (erk, ada ke orang nak dengar aku wish ni?)

Bangun pagi kena senyum ye, baru la awet muda, nampak muda sentiasa.

                                                                     comel je kan.

  Oleh sebab ni belog senyum, so aku ingat nak la kongsi - kongsi dengan korang pasal senyum ni. Ye2, aku tahu korang dah sememang nya tawu pasal ni tapi, tak kira aku nak cerita jugak. Benefits of smile. Haa, korang pernah terfikir nak google pasal benefits of smile? buat assignment, research project pasal smile? tak kan tak kan. Aku lagi la tak pernah terfikir nak buat sebab aku student economics, subjek senyum pun takde. Aku masuk kelas buat orang gelakkan senyum kat aku ada la. hehe. Haa, back to our main topic. Jom2.

The benefit is, smile make us look attractive. Of course, when we smile to every people we met, for sure we look attractive. Wanna see some example?


haa, attractive tak? cun kot. haha. sory, aku peminat K-pop so, aku lebih suka tengok gambar artis korea. You don't have to be beautiful if you wanna look attractive, you just have to smile. Ringankan mulut untuk senyum ye kawan-kawan. Bukan untuk nampak attractive je, kalau kita mudah nak senyum kat orang, orang lain pun suka nak kawan2 nga kita. tak gitu?


tak nak cakap pape dah. kalau korang terasa nak tahu benefit smile lagi boleh la klik sini.

 . stay smile =) .

p/s : banyak gambar la plak entri ni.