Friday, 17 February 2012

Salam Jumaat

Assalamualaikum..


Selamat pagi sume. korang tahu kan, Jumaat ni penghulu segala hari. Untung laa Kelantan ni cuti hari Jumaat, so, orang2 yang cuti tuh, ambik la peluang ni untuk buat ibadat banyak2 pada hari Jumaat. Aku ada terbaca la pasal hari Jumaat ni, kalau kita buat solat hajat dan mohon dari Allah, kemungkinan Allah akan makbulkan doa kita. Sebelum sampai waktu Asar ni, jom kita pakat buat amal ibadat. Kalau aku dok KB, biasenye, hari Jumaat aku mesti nak pergi bandar kota Bharu, biasanye ada kuliah Dhuha dr MB Kelantan, Tn Guru Nik Abd Aziz. Sangat lah best, selalunya ada je kemudahan nak sampai kat sana dari Wakaf Che Yeh. Lagipun kalau niat kita baik kerana Allah, insya Allah, Dia akan permudahkan segala urusan kita. Pagi ni, aku nak cite,


Ada la masa musim final exam aritu, sem lepas kitorang exam dalam musim hujan tapi, ada sorang kawan aku, laki, kemudahan dia untuk pegi study group hanyalah dengan motor dan perjalanan dari rumah dia ke kampus ambik masa 5 - 15 minint kalau tak silap aku. pernah hari tu, dia pergi kelas dengan basah kuyup sebab hujan tapi, dia tak pernah merungut taw, dia anggap ni ujian dari Allah untuk dia. masa musim final tu, memang kitorang kena buat jugak study group sebab dengan study group ni lah kitorang lagi mudah dan tenang nak jawab exam dengan izin Allah :)
aritu nak study subjek strategic management kalau tak silap aku, dia datang awal sikit dari aku, dia pun cakap, "siti2, tadikan sebelum datang sini kan hujan lebat pahtu, org tnggu sampai serik sikit. serik je hujan tu, orang pun terus pecut motor sambil istighfar, hujan xtrun pn, traffic light pun hijau je, memang lancar je jalan td. syukur, Alhamdulillah."


Gitu lah cerite aku, maknanya, kalau niat kita betol nak pergi belajar, kerana Allah, insya Allah, segalanya akan dipermudahkan oleh Nya. Kadang - kadang Allah tak makbulkan doa kita sekarang sebab Dia nak tengok kita ni berputus asa ke or terus memohon. ingat ye, salah satu sifat kekasih kita Rasulullah s.a.w adalah tidak berputus asa, teruskan memohon dari Allah, teruskan merintih dengan Allah, Allah sentiasa ada dengan kita. Dia lah tuhan yang Maha Menyayangi dan Allah sangat suka hamba - hamba yang sentiasa memohon dengan Nya. 


Aku kongsi ape yang aku tahu, kalau aku ada salah, tolong la tunjukkan, manusia ni banyak kelemahan dan kekurangan, tiada yang perfect kecuali Rasulullah s.a.w.


. Stay Smile =) .

No comments:

Post a Comment