Monday, 17 November 2014

Belog sayaaa

Ya Allah...…

Lama dah aku cri belog aku.

Lupa la nama dia.

Aku usaha jugak bukak emel yahoo aku yang 3 tahun lepas, cari punya cari, akhirnya jumpa jugaaaakkk…

So, ini bermakna, dah 3 tahun aku xusik belog ak nih. Hmm... dulu aku rasa cam takde makna je aku buat belog sbb aku xde kosah menarik pun nk dikongsi. But, now aku rasa cam dah ada idea balik sbb ak dah makin ceghedik la daghi dulu.. hahaha…

Macam mana aku boleh terfikir nak cari belog ak balik eh? Sebab nya aku rindu kt dia ni.... 
Simbaaaa
Aku dulu pernah cerita pasal Simba kan. Hehe..

Banyak nye cerita dalam kepala aku...

I'll update soon... tunggu zohor jap., nk solat and taip review paper.

Sambil makan kek coklat cheese ni. yummy!

Oh, i am currently a postgrad student now ^_^
Salam Zohor.

Saturday, 22 December 2012

Miss Ct (episod 1)

Assalamualaikum..

Genap seminggu aku bekerjaya sebagai pensyarah sambilan kat UiTM Machang.
walaupun agak letih tapi aku suka sebab aku dapat ajar subjek ekonomi, microeconomics and macroeconomics.

Actually, aku dok dalam kelas ni. hehehehehe.. tolong pensyarah senior jaga test student dia. Kalau masa degree dulu, kawan aku cakap aku ni sangat sesuai jadi pensyarah tapi, bila datang sini...... lain pulak yang jadinya........ aku dipandang 'kecik' T____T

For example (ecececeh, cam mengajar lak)

Di kantin, jumpa dengan staff HEA yang aku kenal, kak ida dan kak ati
me: kak ida, ore nak print attendance student, buleh ko buat kat HEA.
kak ida dan kak ati: Bakponya? nak buat untuk dr Nik ko?
me: untuk student ore la, jadi lecturer dah. lapor diri arini.
kak ati: oloh, tak sesuainya jadi lecturer. supo budok 
me: -__-'

Masa otw nak masuk kelas lak, jumpa nga pak guard
pak gad: dik, mana kad matrik?
me: saya lecturer part timer, baru lapor diri, takde kad lagi.
pak gad bagi ekspresi muka yang terkejut dam unbelievable
me: tak caya g lah tanya pentadbiran
pak gad: bukan tak caya, tapi awak muda lagi nampak
me: dah muka macam niiii -___-'

dan banyak lagi kes lain........ 
takpe, aku suka orang pandang aku 'kecik' sebab buleh sembunyikan umo sebenar aku.. takde dah soalan "bila nak kawin?"

one of my student said "miss umo bape? nampak macam 20."
memang tak nampak macam lecturer ke saya ni???? huhu.

p/s : nanti nak masuk kelas tanya student, awak nampak saya ni garang tak??? can't wait to know the answers
p/s/s: sape2 nak ambik aku jadi pelakon cite geng bas sekolah pun boleh. tapi aku nak jadi budak pompuan yang ganas, suka buli orang. hehehe

.Stay Smile =).

Friday, 9 November 2012

Jumaat..

......tetiba aku rasa geram kt kucing atas ni. nk gigit perut diaaa

Assalamualaikum...

Wow! lamanya aku tinggal belog aku ni. nak kata sibuk, tak sibuk sangat pun, asyik nga fb je 24 jam. aritu dah deactivate skali tp........disebabkan 'admin' aku xthu ak deactivate, dia bukak dan terus active balik -.-'

Arini jumaat kan, 'hari raya' mingguan untuk org islam dan cuti untuk negeri kelantan yang mana ari ni dianggap ari menuntut ilmu. kalau aku di Kota Bharu, biasanya aku akan ke medan ilmu kat bandar Kota  Bharu dengar ceramah tok guru Nik Aziz. sangat best! lepas tu aku naik bas dan balik umah abg aku kat wakaf che yeh. rindunya zaman belaja degree dulu, jalan kaki dari kampus ke stesen bas, tengok nat geo wild dalam library, dan final sem ni jugak la aku kenal dengan 'dia'. hehe. (padahal baru 4 bulan habis -.-).

Daaaannn, hari jumaat sekarang which is today! aku kena jaga si chubby nadzim yang sangat comel serta chubby dan manja suka nangis. mama dia ada konvo budak2 tadika hari ni so, aku kena jaga la. sebenarnya, aku xsuka sangat jaga anak orang lain selain anak sedara aku sebab anak2 sedara aku ni, aku dah faham perangai diorang dan diorang pun dah biasa dengan aku kan. si nadzim ni, anak yang ke 5 dah. lagi 4 orang yang atas tu, aku jugak yang jaga. diorang pun dah kenal mak teh yang gilakan kucing ni dan aku jugak berjaya buat diorang sayangkan kucing. hehe. suka sangat sebab kalau diorang jalan ngan mama diorang, nampak kucing kecik yang agak kesian, they were like 
"owooohhh, sienyo ko kucing ni, klu mokteh tengok mesti mokteh glepa!!"

Ambiklah gambar2 ayim ni (ayim tu nma panggilan dari mek sya) 







k. bai.
. Stay Smile =) .