Wednesday, 31 August 2011

Salam Lebaran

Assalamualaikum..

SELAMAT ARI RAYA!!!

Syawal dah 2 hari, baru nak wish kan. ish ish. Nak buat camne, aku kena kerja la raya pertama semalam. Sabo je la.

dok buat wafle.

 Ni bukan gambar masa raya pertama, ni gambar masa malam puasa. Yang men sorok-sorok kat belakang aku tu nama dia Ifah, nice girl. hehe.


Haaa, yang pakai baju raya tu aku la. masa ni tengah kalut nak tukar shif dah, habes gas dah aku, lembik. Mesti la lembik sebab keje dari pukul 12 pm sampai 11 pm. Tapi tape, aku suka je sebab leh tengok ramai orang *sebenarnya tak sempat tengok pun sebab dok kalut layan customer ramai sangat*. pastu ada je customer tegur, raya pun keje ke? -_- kalau tak keje tak bukak kedai la ooii. Aku sedih gak kerja time raya pertama sebab malam tu, masa aku dok sibuk jadi cashier, askar-askar kecik aku sedap je dok men mercun. wuwuwu T_T. Sabo je la. Abah sampai malam tu kul 10.30 pm gitu, abang ipar aku pergi ambik kat airport. Alhamdulillah, abah n abe yie sampai ngan selamat. Aku je tak selamat kat tempat kerja semalam, nasib baik kaki tak krem. Bukan nye senang nak layan kerenah customer yang macam-macam ni. Sabo je la, tanggungjawab kan kena senyum je selalu. Raya kedua cuti!! arini la raya kedua tuuh -_-. Aku raya kat KB arini, pegi rumah maksedara aku kat WCY which is FYI Wakaf Che Yeh.  oke lah, nak tido. chow. salam.

. Stay Smile =) .  

Thursday, 25 August 2011

GANJIL di Bulan Puasa

Assalamualaikum...
  
1. Sunat berbuka puasa dengan buah kurma dengan kiraan GANJIL iaitu 1, 3 atau 5. Tapi agak melampau kalau korang bedal smpi 31, 33 atau 35.

2. Malam lailatulqadar dikatakan berlaku pada bilangan GANJIL 10 malam terakhir iaitu 21, 23, 25, 27 atau 29.
3. Pada malam lailatulqadar dikatakan akan berlaku sesuatu yang GANJIL pada orang-orang yang tertentu sahaja. Erk, faham je la sape orang tertentu tu ye.

4. Semayang terawikh biasanya akan dilakukan samada sebanyak 8 atau 20 rakaat dan disunatkn buat solat witir sama ada terus kat masjid, berimam atau buat masa kat rumah dan solat sunat witir akan dilakukan dengan bilangan rakaat GANJIL iaitu 1, 3, 7, 9 atau 11.

5. Lepas dah solat terawikh sama ada 8 atau 20 rakaat, sunat pulak buat witir yang bilangan nya GANJIL. Maka, jumlahnya jugak akan menjadi GANJIL, iaitu 11 atau 23 rakaat.
6. Yang keenam takde sebab entri ni tajuk dia GANJIL so, sampai 5 je.

. Stay Smile =) .

Tuesday, 16 August 2011

15 Ramadhan

Assalamualaikum

Aku sedih sebenarnya ni, semalam lagi sedih sebab tu buat entri hari ni. Sebab ni kan belog senyum so, aku tak leh taip entri time aku sedih. Semalam aku pergi hantar abah n abang aku, abe yie pergi Mekah. Sebenarnya, hantar pergi airpot kat Pengkalan Chepa je bukan hantar terus ke Mekah (sempat lagi loyar buruk -_-). Padahal bukan tak pernah hantar abah pergi Mekah, 2 tahun lepas pun pernah hantar kot tapi semalam rasa lain, rasa sayu je. 


abah

Abah naik flight pukul 4.45 ke Kolumpo pahtu naik flight ke Jeddah pukul 2 pagi. Lepas hantar abah, aku, adik n kakak serta askar kecik 2 orang bukak pose kat Food Village or nama fames tempat tu, chim chum (sedih pun, ada je selera makan -_-). Makan tetap makan, huhu.

Askar kecik nga mama

with my sis (sedih pun,still senyum je -_-)

  licin

I know most of you know this place right? tempat ni boleh ambik banyak-banyak makanan which cost RM15 per person if im not mistaken (sebab kakak yang bayarkan so, not sure -_-) tapi dengan syarat kena habis la, kalau tak habis memang korang kena cas RM10. Bagus jugak dia kenakan cas camtu, baru la tak membazir. Aku tak suka membazir, membazir kan amalan syaitan, sebab benci syaitan kena benci amalan dia, ke korang suka syaitan? so, elakkan pembaziran. Bukan semua orang senang macam kita boleh makan sedap-sedap, jangan la membazir.

Sampai rumah dalam pukul 10 lebih gitu, aku memang terasa la sunyi semalam, rasa down down down gitu. Kesian mak kat rumah dengan Shafiq je. Aku balik pun tengok meja tak kemas sebab mak dah tak larat nak simpan, letih jaga cucu. Sebagai seorang perempuan yang bergelar anak dara, maka wajib lah aku menyimpannya sebab dah tanggungjawab kan. Malu kokram *blushing*. Terasa rindu kat abah, kul 11.30 p.m call abah T_T. Pukul 4 pm tadi abang aku call cakap dah sampai Jeddah, ALHAMDULILLAH. Abah aku dah tua, uzur, aku bimbang la sebab dia nak jalan pun tak berapa boleh dah, kaki dia sakit. Mujur abah pergi dengan abang aku, tak bimbang sangat. Hope everything gonna be fine, insya ALLAH.

. stay smile =( .
p/s : ikon sedih tu bukan pe, aku rindu abah aku. next entri aku senyum.