Saturday, 22 December 2012

Miss Ct (episod 1)

Assalamualaikum..

Genap seminggu aku bekerjaya sebagai pensyarah sambilan kat UiTM Machang.
walaupun agak letih tapi aku suka sebab aku dapat ajar subjek ekonomi, microeconomics and macroeconomics.

Actually, aku dok dalam kelas ni. hehehehehe.. tolong pensyarah senior jaga test student dia. Kalau masa degree dulu, kawan aku cakap aku ni sangat sesuai jadi pensyarah tapi, bila datang sini...... lain pulak yang jadinya........ aku dipandang 'kecik' T____T

For example (ecececeh, cam mengajar lak)

Di kantin, jumpa dengan staff HEA yang aku kenal, kak ida dan kak ati
me: kak ida, ore nak print attendance student, buleh ko buat kat HEA.
kak ida dan kak ati: Bakponya? nak buat untuk dr Nik ko?
me: untuk student ore la, jadi lecturer dah. lapor diri arini.
kak ati: oloh, tak sesuainya jadi lecturer. supo budok 
me: -__-'

Masa otw nak masuk kelas lak, jumpa nga pak guard
pak gad: dik, mana kad matrik?
me: saya lecturer part timer, baru lapor diri, takde kad lagi.
pak gad bagi ekspresi muka yang terkejut dam unbelievable
me: tak caya g lah tanya pentadbiran
pak gad: bukan tak caya, tapi awak muda lagi nampak
me: dah muka macam niiii -___-'

dan banyak lagi kes lain........ 
takpe, aku suka orang pandang aku 'kecik' sebab buleh sembunyikan umo sebenar aku.. takde dah soalan "bila nak kawin?"

one of my student said "miss umo bape? nampak macam 20."
memang tak nampak macam lecturer ke saya ni???? huhu.

p/s : nanti nak masuk kelas tanya student, awak nampak saya ni garang tak??? can't wait to know the answers
p/s/s: sape2 nak ambik aku jadi pelakon cite geng bas sekolah pun boleh. tapi aku nak jadi budak pompuan yang ganas, suka buli orang. hehehe

.Stay Smile =).

Friday, 9 November 2012

Jumaat..

......tetiba aku rasa geram kt kucing atas ni. nk gigit perut diaaa

Assalamualaikum...

Wow! lamanya aku tinggal belog aku ni. nak kata sibuk, tak sibuk sangat pun, asyik nga fb je 24 jam. aritu dah deactivate skali tp........disebabkan 'admin' aku xthu ak deactivate, dia bukak dan terus active balik -.-'

Arini jumaat kan, 'hari raya' mingguan untuk org islam dan cuti untuk negeri kelantan yang mana ari ni dianggap ari menuntut ilmu. kalau aku di Kota Bharu, biasanya aku akan ke medan ilmu kat bandar Kota  Bharu dengar ceramah tok guru Nik Aziz. sangat best! lepas tu aku naik bas dan balik umah abg aku kat wakaf che yeh. rindunya zaman belaja degree dulu, jalan kaki dari kampus ke stesen bas, tengok nat geo wild dalam library, dan final sem ni jugak la aku kenal dengan 'dia'. hehe. (padahal baru 4 bulan habis -.-).

Daaaannn, hari jumaat sekarang which is today! aku kena jaga si chubby nadzim yang sangat comel serta chubby dan manja suka nangis. mama dia ada konvo budak2 tadika hari ni so, aku kena jaga la. sebenarnya, aku xsuka sangat jaga anak orang lain selain anak sedara aku sebab anak2 sedara aku ni, aku dah faham perangai diorang dan diorang pun dah biasa dengan aku kan. si nadzim ni, anak yang ke 5 dah. lagi 4 orang yang atas tu, aku jugak yang jaga. diorang pun dah kenal mak teh yang gilakan kucing ni dan aku jugak berjaya buat diorang sayangkan kucing. hehe. suka sangat sebab kalau diorang jalan ngan mama diorang, nampak kucing kecik yang agak kesian, they were like 
"owooohhh, sienyo ko kucing ni, klu mokteh tengok mesti mokteh glepa!!"

Ambiklah gambar2 ayim ni (ayim tu nma panggilan dari mek sya) 







k. bai.
. Stay Smile =) .

Friday, 5 October 2012

simba...

Assalamualaikum....

Lamanyaaaaa aku xupdate. sebab, sebab, sebab, aku xde internet la kat rumah. aku online fb kt opis je (jgn marah,bos :p).

Sebenarnya kan, aku rasa sedih sangat2... sebab kan, aku rindu pak oren aku. sejak aku dapat kerja ngan prof zaki, seminggu aku tak jumpa dia. bila aku nak pergi jumpa kat rumah kaklong, dia dah takde. tak tahu mana dia pergi T___T
aku nangis dalam hati, kadang2 xnangis dalam hati pun, kuar air mata terus...


Aku sayang sangat2 semua kucing tapi, pak oren aku tu dah setahun dia dok dengan aku. dulu masa dia baby lagi dengan adik beradik dia yang lain, aku selalu je kiss diorang sebelum pergi kelas. lepas tu, sekor2 xde sampai la tinggal la dia sekor. aku jaga je dia, aku rasa ada orang ambik sebab pak oren ni comel, gendut, manja, bulu lebat, besar, dan memang comel. aku nangis teringat kat dia. aku tak tahu mana nak cari dia. aku sayang semua kucing tapi aku nak pak oren aku balik!!!!!! he was like a son to me. aku peluk cium dia hari2. sedihnya *nangis* T_T

memang ada je orang cakap, kucing ni binatang peliharaan, bukan orang untuk kita jaga dia cam raja. sukati korang la, kucing ni macam budak2, manja n suka merajuk tapi senang je nak pujuk. kelebihan Allah bg kat kucing yang sangat disayangi oleh Rasulullah, buat kita tenang. orang yang sayang kucing adalah seorang yang penyayang. kalau dulu aku sedih, aku nangis depan pak oren then dia pun datang dekat aku, tidor dekat kaki aku. kalau la dia boleh cakap, mesti dia akan cakap "jangan bimbang, saya ada." tapi, dia meow je. aku sayang kucing sangat2 sebab dia setia. dengar suara aku je, cepat dia berlari dengan perut gendut dia tu, tergelak aku tengok. sebenarnya, aku bagi nama pak oren aku Simba sebab dia cam simba dalam lion king tu tapi, panggil dia cing. rindu pak oren T___T. 
aku tetap sayang dia walaupun tangan aku ada parut cakaran dia. dia cakar sebab aku nak mandikan dia.



balik la... aku rindu niii T__T