Saturday, 7 April 2012

La Tahzan

Assalamualaikum....


Aku sedih bena nih.............


Tapi gak, aku suka bila aku sedih........................


Bila sedih, hanya Allah yang aku fikirkan.........


Nape? Nape masa sedih baru terasa nak ingat kat Allah? Masa epi? masa ngah bahagia? 


Allah uji aku sebab Allah syg aku, Allah beri aku nikmat banyak dah so, takpe la kalau Dia tak makbulkan sesetengah permintaan aku sebab Dia nak tengok sampai bila aku berdoa mintak dengan Dia... Dia tak makbulkan permintaan aku tapi, pahala tetap dapat sebab hamba Dia tak mintak dah selain dari Dia. 
Cuma, satu ni je aku harap doa aku dimakbulkan. Aku harap aku mati dalam keadaan husnul khatimah. Sebab, kalau mati dalam keadaan su'ul khatimah, mesti aku tak dapat ke syurga Allah, mesti aku tak dapat jupe Muhammad. Aku takut, kalau2 baginda tak bagi aku minum air kat kolam kautsar dia. Mesti aku akan menuju ke neraka. Nauzubillah....


Tak lulus PMR xpe...
Tak lulus SPM xpe...
Tak lulus final exam xpe...
Tak lepas exam padang mahsyar??


Aku dah belaja sampai degree, xpe la kalau aku juz dapat kelas pertama masa diploma je sebab aku belaja degree ni bukan sebab result je... dapat belaja, nikmat jugak kan tambah lagi aku dapat sambung course yang aku minat, ekonomi. Pahtu, nape nak sungut kalau sedih sikit? Soalan untuk diri sendiri.
Aku pernah sedih sebab tak dapat result oke. Abah marah2 sebab aku tak bersyukur. Nasib baik ada abah marah. Kalau dapat result oke, memang rezeki. Tapi, kalau rezeki tu Allah bagi dengan istidraj? takkan ada keberkatan dalam idup kita. Xse gtu T__T . Macam mana nak idup kalau tanpa keberkatan dari Allah? Astaghfirullah..


Allah sentiasa ada dengan kita. Semua orang pernah buat dosa tapi, tu tak bermakna di hari perhitungan nanti diorang masuk neraka. Selagi Allah bagi kita bernafas atas bumi Dia ni, selagi tu kita ada peluang untuk sentiasa bertaubat, meminta ampun dengan Dia. Sakit, sedih, kecewa, balik la kat Dia sebab Dia tak pernah mengecewakan kita. Selepas ujian, akan datang rezeki, nikmat dari yang Maha Penyayang. Allah memang sayang kita, dia bagi kita masa untuk bertaubat, kembali pada Dia sebab tu umo manusia ada yang panjang sampai 20, 30, 40, 50 dan ke atas.


Epi.Tension.Sedih.Kecewa.Ingatlah pada pencipta kita ALLAH S.W.T.


Aku sedih, aku taip ikut je apa yang keluar kat otak aku.... Otak yang Allah bagi pinjam kat aku. Alhamdulillah...


. Stay Smile =).

Tuesday, 3 April 2012

open ur eyes widely O____O

Assalamualaikum...


Sekarang ni, aku sedang mendengar dan jugak singing loudly lagu2 Maher Zain. Memang suara pompuan ni aurat, sebab tu aku nyanyi dalam bilik je. Dengar la lagu Open Your Eyes dan secara otomatik nye, aku teringat ceramah tok guru aku, TGNA.


Pernah tak korang terfikir......


Macam mana awan boleh terapung? tak jatuh pun, padahal mana ada guna tiang....


Macam mana burung boleh terbang? padahal, kapal terbang guna enjin....


Macam mana bintang boleh wujud dan kita leh nampak diorang bersinar kat langit malam2 then kita pun cakap, aku suka sangat tengok bintang, comel, cantik, etc...


Macam mana dunia ni boleh wujud?


Macam2 la.. Sebenarnya kan, benda ni semua kita pernah terfikir dan tertanya - tanya masa kecik2 dulu sebab anak sedara aku pun boleh tanya soalan "ma, bakpo Allah buat harimau? harimau kae jahat, make ore hop dok noreh getoh. ore tu pulak nk cri duit?"


Semua tu kuasa Allah........
Kalau Allah nak jatuhkan burung yang sedang terbang di langit, sekelip mata je.
Kalau Allah nak karamkan kapal kat laut, serta - merta je......
Kalau Allah nak seseorang tu mati, yang sihat segar pun boleh mati bila Dia arahkan TanSri Izrael cabut nyawa.


Pernah tak korang bersyukur dengan apa yang Allah bagi kt kita dalam dunia ni? 


bersyukur, tak susah pun.....
Allah suruh solat..... solat la, 5 waktu je pun
buat yang Allah suruh, tanda kita bersyukur.
Ucap Alhamdulillah, tanda kita bersyukur.
Baca Al-Quran.. xsusah pun, 1 mukasurat shari pun dah oke kalau bz sgt....


Semua milik Allah... kita papa kedana, miskin. Tangan yang sedang menaip ni pun sewa dari Allah. Bayaran dia, ucap syukur. letak lah Allah tempat yang paling teratas, paling tinggi dalam idup kita sebab...
ALLAH SAYANG KITA LEBIH DARI SAYANGNYA IBU PADA ANAK.


. Stay Smile =).

Monday, 2 April 2012

Kisah Dulu Kala...

Assalamualaikum...


Aku malas nak buat introduction panjang berjela - jela berbelit - belit dan yang sewaktu dengannya (oke, intro ngarut).


Masa diploma dulu kan, geng aku ada 8 beradik dan kitorang unofficially named our group as G8 or girls 8. Ntahpape la dulu. Tapi, memang kitorang rapat la jugak, sedih ke, hepi ke, kongsi sama-sama. Jap2, aku kenalkan.


6 out of 8


abaikan yg laki tu ye.

Yang sorang lagi, aku ada gambar dia tapi aku takut nanti dia tak suka lak aku upload gambar lama dia. Geng kitorang ada aku, mimi, nina, ira, ain, norie, acik n mely.

Kisah aku dulu-dulu kan nga diorang ni... kitorang selalu je dok berkumpul 8 beradik then cakap pasal kawin. Memang separuh dari kitorang ni dah ada pakwe tapi, kitorang still jugak cakap, "agak-agak, sape ye kawin dulu nanti." Lepas tu, mula la nak point out dia tu dia ni. Lepas tu, gelak kuat-kuat. Takpe la gelak kuar suara pun kan, girls je. hehe. Tiap-tiap hari, mesti nak kumpul dalam bilik THO3/314. Aku ingat lagi nombor bilik tu. Bahagia sangat ada kawan-kawan macam adik beradik gini.

Then sabtu lepas, 31 March salah seorang dari kami kahwin!!! Maka, terjawablah persoalan kami zaman dahulu kala. Here comes the bride (gmbar lama, sebab tak ambik pun gambar dia pakai baju pengantin)

si tudung hijau ye, bukan si baju koko.

Agak menyesal la sebab tak ambik gambar melly ni pakai baju pengantin wane merah. Tengok orang kawin, aku pun teringin nak kawen. hehehe.

persoalan zaman sekarang lak
"sape la pulak yang akan kawin lepas melly ni ye?"
tapi, jawapan soalan tu dah ada, bulan 6 nanti. Tak sabarnye nak tengok kawan aku kawen. Lagi tak sabar aku nak kawen. (Genya/Gedik)




Wasalam.
. Stay Smile =) .