Tuesday, 28 February 2012

Kenangan (part 1)

Assalamualaikum.

Berapa hari dah aku tak update ek? hmm. Minggu depan aku dah nak daftar sem baru as a degree student. Banyak benda yang aku lalui sepanjang belajar degree ni. Ada benda yang aku rasa nak lagi alami situasi tu. Ada jugak situasi yang aku rasa macam, 'tak nak dah macam ni!', 'Ya Allah, menyesal nya aku.' Lebih kurang macam tu la. 

Honestly, experience as a diploma student happier than degree student. Banyak sangat kenangan manis masa dekat UiTM Machang dulu. Student yang belajar setahun je kat Machang takkan rasa cam student yang belajar selama 3 tahun, tahu maksud aku kan. Start tahun 2007, sampai 2010 hepy sangat even ada jugak yang sedih tapi, aku taknak ingat yang sedih sebab banyak perkara happy dari sedih sepanjang aku belajar dekat UiTM Machang. Sampaikan, masa minggu pertama kat UiTM Kampus Kota, aku nangis2 sebab nak balik Machang, susah sangat nak adapt. Banyak sangat kenangan. Gambar pun banyak :')


sem 1

sem 2

 sem 2 gak

 sem 3

 sem 4

 sem 5

 sem 6

sem 6

Gambar sangat banyak, kenangan jugak banyak. Aku rindu sangat masa dengan diorang dulu. Sekarang tak dah, semua bawak haluan masing - masing dengan course degree pilihan masing - masing. Sedih bila ingat ni semua sebab masa degree, aku takde kenangan macam ni. 

Sambung esok la, aku nak tido. papai
Wasalam.

. Stay Smile =) .

Monday, 20 February 2012

Howl

Assalamualaikum..


Wahai incik belog.. sebenarnya kan aku ni kan teringin la sangat kan, tengok cite katun yang heboh dalam Disney channel tu, "the greatest masterpiece animation". Minggu lepas dan minggu ni, dua "greatest masterpiece" animation tu aku tengok. Spirited Away dan Howl's Moving Castle. Memang best dan yang paling aku suka Howl's Moving Castle. Yeah, memang aku suka katun sejak dari kecik sampai ke besar ni pun, channel pilihan aku kat Astro ialah Disney dan Cartoon Network. Sebab tu aku tak heran sangat nga cite ombak rindu ke, vanilla coklat ke, bila nk tengok drama gitu, aku rasa bazir masa tapi, tengok katun takpe pulak. haaiisshh -__-" 


Howl's Moving Castle

Best2, cite pasal sorang pompuan ni, dia kena sumpah jadi orang tua pahtu, dia terjupa dengan wizard nama Howl yang jugak terkena sumpahan, panjang lagi la cite dia dan yang aku paling suka, pompuan nama Sophie ni jatuh cinta nga Howl yang merupakan seorang wizard yang penakut. Sebab Sophie la Howl jadi berani balik. Aku sukaaaa sebab last cite dia, diorang live happily ever after. Sebenarnya part yang jatuh cinta tu je aku suka -__-"
Besides, laki tu hensem. hehe. Dah namanye pun katun kan.

Hensem la bagi peminat katun cam aku ni kan

:)

Actually, aku pun tak tahu la nape aku suka tengok katun dari tengok cite - cite drama, movie, filem lakonan manusia ni. haa, lagi satu, aku suka action movies, kecik - kecik lagi aku dah minat jackie chan, Jet Li. Aku nak belaja kung fu tapi tak leh, aku tengok cite je la. Mana tahu kan, tetiba leh pandai kung fu. hehe.


. Stay Smile =) . 

Skiping

Assalamualaikum..


Tengok gambar dulu...




Malas nak rotate, yang penting nye, aku nak cakap baju ni dulu sangat la padan dengan aku dan sekarang, aku xleh nak pakai dahhhh!!!! Sedih nyeeeee T_______T


Back to the main topic, during this semester break, i've done quite lot of exercise dan aku suka sangat buat senaman ni yang sangat mudah dan sangat lah efektif, iaitu skipping. Kawan aku pun ada cakap skiping ni memang cepat berkesan, dan aku terbaca dalam majalah Rapi bulan ni (neelofa as a cover girl), dia ada cakap senaman bertali bakar kalori dengan mudah.


Bagi aku, skiping paling mudah nak buat, senang la untuk aku yang lebih suka buat senaman kat dalam bilik. Bukan setakat untuk bakar lemak, senaman ni jugak baik untuk jantung dan meningkatkan sistem kardiovaskular kalau nak bandingkan dengan senaman yang lain.  Pernah jugak aku suruh adik aku skiping untuk kurus tapi dia cakap letih dan malas. Oke, aku nak kongsikan pengalaman aku. Masa mula - mula buat dulu, memang la aku fikir sangat letih skiping ni. So, sebelum aku skiping, aku akan biarkan badan aku berpeluh dulu dengan menari, ouh and btw, aku suka menari, aku start menari masa form 2 lagi tapi sorang - sorang dalam bilik la, demi nak kurus kan. When i find out that skiping is more effective, i try it out. 


Okeh2, sambung lagi. Sebab nak biasakan dengan skiping, aku akan menari dulu, aku tak pandai menari tapi aku suka menari, it's different ok. Then, baru aku start skiping, hari mula2, aku buat 20 kali dan ulang dalam 5 - 10 round gitu. Hari2 len lak, aku dah boleh buat sampai 50 kali dan sekarang, aku dah boleh skiping 60 - 70 kali. Hehe. Korang patut cuba taw. Mungkin korang dah kurus tapi kalau korang tak senam nanti toksin tak keluar. Bila korang berpeluh, korang akan rasa best sangat, rasa ringan gitu tubuh korang. Okey, setakat ni la dulu. Petang ni nak buat 60 times 10 round. Bai. Wasalam


. Stay Smile =) .

Sunday, 19 February 2012

Perubahan yang tidak baik.

Assalamualaikum..

Malam ni, aku nak kongsi cite lagi, masa aku sem 5 diploma dulu which was in year 2009, aku sangat lah gemuk sehingga nampak lebar tubuh aku, pakai baju pun jadi ketat dan malu pun datang. Maka, aku pun berazam la, lepas final exam sem 5, cuti sem ada la dalam sebulan lebih gitu, aku pun berazam nak senam dan kurus sekurus yang boleh tapi kurus tu, mestilah kurus yang sihat, tak nak kurus tapi ada penyakit. Hehe. Then, the result is, aku dah jadi kecik macam dalam gambar ni, hehe.


ni gambar masa sem 6, rumet aku penah tanya, "wei, nape ngko jd kurus nih?"



raya tahun 2010, sem 3 degree :)

Tapi, tapi, tapi,, disebabkan aku terlalu eksaited dengan tubuh yang mengecil, bila aku dapat degree kat kampus Kota Bharu, dengan hati gembiranya aku makan McD, KFC, Pizza Hut, boleh dikatakan seminggu tu 2,3 kali aku baham fast food sebab abah bagi je duit asal untuk makan, jangan bazir kat benda lain je. Maka, bila naik sem 4, dengan sedihnya, aku menjadi gemuk, naik sem 5, aku jadi semakin chubby T__T


raya tahun 2011, chubby dh :'(


gambar terbaru, maulidur rasul 2012 T__T

Memang ramai orang sekeliling aku yang perasan. Bila makan memang dah tak ingat pape, nasi tomyam, megi tomyam, sekali makan je sampaikan makcik kedai makan terkejut tengok aku makan selera sangat. pernah jugak dekat kedai tepi kampus tu, sebelum makan nasi, makan roti bong dulu dan roti itu tersangat lah menggemukkan, macam mana aku tak gemuk, macam mana????

Aku sangat lah kejam dengan diri aku yang mengaku tersangat lah kasihkan Rasulullah saw tapi tak ikut sunnah baginda yang tak bagi makan dengan terlalu banyak dan terlalu kenyang. Sape suh kedai tu buat tomyam n jual roti bong sedap pada masa yang sama?? kan aku dah gemuk. 

Dan pada cuti sem ini, aku telah membuat azam yang mana telah aku praktikkan slow2, iaitu senaman yang sama aku buat masa sem 5. Aku sambung esok la pulak ye. Tak ngantuk lagi tapi aku nak maen monopoly dengan A.I a.k.a Artificial Intelligence dalam lappy aku..

Wasalam.

. Stay Smile =) .

Friday, 17 February 2012

Salam Jumaat

Assalamualaikum..


Selamat pagi sume. korang tahu kan, Jumaat ni penghulu segala hari. Untung laa Kelantan ni cuti hari Jumaat, so, orang2 yang cuti tuh, ambik la peluang ni untuk buat ibadat banyak2 pada hari Jumaat. Aku ada terbaca la pasal hari Jumaat ni, kalau kita buat solat hajat dan mohon dari Allah, kemungkinan Allah akan makbulkan doa kita. Sebelum sampai waktu Asar ni, jom kita pakat buat amal ibadat. Kalau aku dok KB, biasenye, hari Jumaat aku mesti nak pergi bandar kota Bharu, biasanye ada kuliah Dhuha dr MB Kelantan, Tn Guru Nik Abd Aziz. Sangat lah best, selalunya ada je kemudahan nak sampai kat sana dari Wakaf Che Yeh. Lagipun kalau niat kita baik kerana Allah, insya Allah, Dia akan permudahkan segala urusan kita. Pagi ni, aku nak cite,


Ada la masa musim final exam aritu, sem lepas kitorang exam dalam musim hujan tapi, ada sorang kawan aku, laki, kemudahan dia untuk pegi study group hanyalah dengan motor dan perjalanan dari rumah dia ke kampus ambik masa 5 - 15 minint kalau tak silap aku. pernah hari tu, dia pergi kelas dengan basah kuyup sebab hujan tapi, dia tak pernah merungut taw, dia anggap ni ujian dari Allah untuk dia. masa musim final tu, memang kitorang kena buat jugak study group sebab dengan study group ni lah kitorang lagi mudah dan tenang nak jawab exam dengan izin Allah :)
aritu nak study subjek strategic management kalau tak silap aku, dia datang awal sikit dari aku, dia pun cakap, "siti2, tadikan sebelum datang sini kan hujan lebat pahtu, org tnggu sampai serik sikit. serik je hujan tu, orang pun terus pecut motor sambil istighfar, hujan xtrun pn, traffic light pun hijau je, memang lancar je jalan td. syukur, Alhamdulillah."


Gitu lah cerite aku, maknanya, kalau niat kita betol nak pergi belajar, kerana Allah, insya Allah, segalanya akan dipermudahkan oleh Nya. Kadang - kadang Allah tak makbulkan doa kita sekarang sebab Dia nak tengok kita ni berputus asa ke or terus memohon. ingat ye, salah satu sifat kekasih kita Rasulullah s.a.w adalah tidak berputus asa, teruskan memohon dari Allah, teruskan merintih dengan Allah, Allah sentiasa ada dengan kita. Dia lah tuhan yang Maha Menyayangi dan Allah sangat suka hamba - hamba yang sentiasa memohon dengan Nya. 


Aku kongsi ape yang aku tahu, kalau aku ada salah, tolong la tunjukkan, manusia ni banyak kelemahan dan kekurangan, tiada yang perfect kecuali Rasulullah s.a.w.


. Stay Smile =) .

Tuesday, 14 February 2012

blog ku

Assalamualaikum..


Maaf la wahai belog ku, aku ni tak kreatif sangat dalam bab header2 ni. wuwuwuwuu T____T
Ni je yang termampu aku buat. Dah la tu, lama bebeno aku tak hupdate. Time ada idea, masa tu jugak la, aku ada kerja. Maaf ye, incik belog. Nanti aku hupdate. bye. Salam


. Stay Smile =) .