Thursday, 22 March 2012

Malam Jumaat.

Assalamualaikum..


Malam ni, malam Jumaat. Bagi umat Islam, hari Jumaat dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai hari raya mingguan. Bagi keutamaan yang dimiliki oleh hari Jumaat, Rasulullah s.a.w mengajak umat Islam untuk memperbanyakkan ibadah seperti, membaca al - Quran, berzikir, berdoa dan lain - lain. Start sekarang sampai la esok, perbanyakkan ibadah anda :)


"Ya Allah, aku sanggup kalau Engkau tarik nikmat - nikmat yang dipinjamkan kepadaku ini jikalau Engkau ingin mengujiku. Tapi, jangan lah Engkau tarik keimanan ku terhadapMu. Sesungguhnya, aku tidak sanggup menghadapi azab api neraka Mu"


Wasalam.
. Stay Smile =) .

Wednesday, 21 March 2012

The Number One for Me.

Assalamualaikum...


Camat Pagi incik belog!!!! hehehe..
aritu kan, aku kol mak. gini la perbualan kitoram
me : elo, mak.. heheheheeeee
mak : hoh! ado gewe dah?
me : waaaaaa.. mano ado lagih.. nok kecek pasal lain la.
mak : nk kecek gapo?
me : emm, nak nyanyi ko mok ni..
mak : lagu gapo?
me : lagu maher zain hop baru. lagu utk ibu. dengar deh.




lagu ni best. mengalir air mata aku dengar lagu ni.. tersangat la best!


wasalam
. Stay Smile =).

Tuesday, 20 March 2012

Ema Suzila

Assalamualaikum..


Aku tulis ni sebab aku teringat kat Ema. Rindu sangat sampai termimpi2 Ema. Aku memang sayang sangat kawan-kawan aku. Ema, memang dulu aku nangis - nangis cam takleh terima hakikat, Ema xde dah. Dah lebih setahun Ema tinggalkan kami.
Masa tarikh 17 March, dah cukup setahun Ema pergi. Aku mimpikan dia. Aku tak nampak sangat tapi aku tahu dia ada. Then, aku nampak dia!!! Ema ceria, muka dia putih. Kalau yang aku mimpi tu, memang betol2 jumpe Ema, aku rasa dia memang bahagia kat sana. Alhamdulillah. Nanti giliran aku? bahagia tak aku? Ema tu, dah banyak menderita masa atas dunia ni. Sampai saat2 terakhir, kitorang takde kat dia. Tapi, at least.... she had her family that time.


Masa last hari kitorang dengan Ema, dia nampak hepi. Mungkin dia tak sangka pun kitorang akan teman dia jalan2. Asalnye nak pergi bandar, teman Yati beli tiket bas je. Tapi, kitorang tanya dia nak pergi mana, then ikut dia. Lepas tu, dia nak main boling. Aku la yang bawak dia dengan Yati sebab aku je asal Kelantan. Masa tu, aku pun tak biasa lagi sebab aku tak pernah jalan2 kawasan KB camtu. Takpe la, even kitorang takde masa dia menghadapi saat2 kematian pun. At least, kitorang dah tinggal kenangan hepi masa last day kitorang jupe n keluar sama2.


Aku mimpi Ema, nanti... giliran aku pulak ke?
Ema, kami sentiasa merindui Ema.


Wasalam..
. Stay Smile =) .

Monday, 19 March 2012

takdop tajuk

Assalamualaikum dan selamat petang..


Nak maghrib dh tapi aku sero nk bobe. Takkan la aku nok bobe sore dih, bobe dale ni je la kijo aku. Arini aku ada trip sekerat ari. g SK KOlam kat Bachok. Hop tok teheynyo, sapa kat sekoloh ado saim aku tanyo, mano kolam renang nyo -__-
errr, sebenarnya aku pun ingt SK Kolam ni ado kolam renang. hahaha. tapi gak, Kolam ni namo kampung kat daerah Bachok. Tak ajin denga belako bia ore kelate jugok pong. Lepas g sekoloh tu, sep aku g lawat tanaman rumput napiel. Nati la aku cito plop.


Aku letih bena, sakit paha sebab dok jale, berlari kat rumput sebab nok g denga pok cik harun kcek pasal tanaman nih. Aku sakit ni bukan sbb gapo, aku pakai baju kurung, sandal agak tinggi, g dekat padang berlari sebab eksaited tengok keindahan ciptaan Allah. Aku suke tengok, hijau gtu. Aku tok caro doh, panas, meroh supo keno bakar dh muko aku.


Letih2. Gi semaye dulu..


senyum sokmo la deh.
entri kok kelate. sedak kecek kelate.

DEACTIVATED

Assalamualaikum..


Deactivate dlu fb aku... kalau aku tak buat camtu entah bila baru aku nak start baca journal balik. Aku suke bercerita so, aku akan terus bercerita dalam ni. Tak ramai orang yang baca so, tak de orang komen cam dalam fb. Kalau dah dok komen2 dalam fb, jadi lama la ngadap mende tu kan. so, i've decided to deactivate my account. Lagipun, dalam fb tu, aku rasa aku bukan diri aku yang sebenar. oke lah, nak pergi kelas. 
bai bai bai bai bai..


wasalam. 
 . Stay Smile =) .

Saturday, 17 March 2012

Ringan kan mulut menyebut kalimah Allah s.w.t

Assalamualaikum..


Nak dapat pahala, sangat lah mudah memandangkan kita semua tahu, Allah maha Pemurah.
Meringankan mulut kita dengan menyebut kalimah Allah adalah salah satu darinya. Aku kan, mudah sangat melatah, setiap masa, mudah sangat terkejut. Korang pernah tengok kucim? benda gerak sikit pun, dia melompat. Sama la cam aku, especially time nampak cicak. Waaaaa, kul 5 pagi pun aku jerit. Orang muda cam aku pun, dah melatah sana sini. Aku pun, selalu gak dengar, orang tua ke, muda ke, kalau melatah mesti habis terkeluar #@$%^&*^$$%^^. Tak boleh sebenarnya, kita yang muda ni ajar diri latah keluar benda2 uduh camtu. Try didik diri kita, asal terkejut je, "YA ALLAH!". Dapat pahala free. Macam ni dalam gambar kat bawah. Okey, memang la kan, bila kita melatah sume benda tu keluar secara otometik kan. Tapi, kalau kita letak kalimah2 Allah, dalam kepala, secara otometik jugak la kalimah2 tersebut akan keluar dari mulut kita.



Sama jugak time nak marah, uiiiissshh, habis segala benda2 buruk keluar dari mulut si pemarah tu. Korang tahu kan, time kita marah la setan datang hasut kita untuk terus menerus marah. Padahal benda kecik je. Try korang ajar diri korang camni. 



Buat camni, setan pun lari. Terus tak jadi nak marah, rasa sakit hati sikit je but, at least kita akan rasa tenang slow2. Yakin lah pada Allah :)
Senang sangat nak dapat pahala. Nak melakukan sesuatu benda, tak kira la kerja apa pun, ringankan mulut sebut Bismillah. Selain dapat pahala, Allah jugak akan permudahkan urusan kita asalkan perkara itu bukan perkara yang mungkar. Nak goreng ikan, basuh baju, seterika baju ke, semua benda pun, bace lah Bismillah. 




Faham tak, faham?? hehe





Nikmat Allah, banyak sangat. Ni lah salah satu cara dari berjuta cara untuk kita berterima kasih pada Nya.
Aku share apa yang aku tahu, kalau salah, sila tunjukkan. 


Wasalam.


. Stay Smile =) .

Friday, 16 March 2012

Perbandingan

Assalamualaikum...


Pagi Jumaat yang indah. Terima kasih, Allah kerana panjangkan umurku dan semoga pada Jumaat depan, aku masih lagi bernyawa untuk terus melakukan ibadat pada Mu.


Aku ada nak kongsi sedikit pengetahuan yang aku ambik dari ustaz, aku lupa namanya yang pasti, dalam rancangan Madrasah Syariah kt tv Al-Hijrah. Ustaz cakap pasal sembahyang dan jugak ustaz ni ada cerita perihal orang zaman sekarang. Kita suka buat perbandingan kan, contohnye 


"alah, oke la ni aku solat zohor, asar, maghrib, isya'. Tinggal subuh je. Nak buat camne, aku susah bangun pagi, bukan sengaja pn. 2 kali seminggu je aku tertinggal sebab hari takde kelas. Ada sorang kawan aku tu, tiap2 hari tak semayang subuh sebab tak bangun."

"alah, aku tak pandai bace quran pun takpe, aku reti pe bace ayat kursi, ayat2 muawizat pn aku tahu, 3 qul tu. Kawan aku tu, surah al ikhlas pn dibaca doa qunut. Tu pun gagap."

yang paling teruk lagi.


"korang ingat aku teruk ke?? ada lagi yang teruk dari aku, oke. Aku minum arak mabuk2 nga kawan2 laki aku masa besday aku je tapi aku still suci lagi, ye. Ada sorang minah tu, tiap2 malam tukar2 jantan."


JANGANLAH NAK BUAT PERBANDINGAN MACAM NI.
kita tak boleh la bandingkan diri kita dengan orang lain dalam bab kurangnya ibadat. Faham tak? kalau tak faham, bace balik contoh di atas. Perbandingan macam tu, tak dibenarkan. Kalau ada kawan2 korang cakap macam tu, pukul dengan hanger. Kalau dia marah korang cakap la, "aku pukul setan kat bahu kau tu. Berani tol hasut kawan aku cakap camni."
Kalau nak banding dalam bab kesederhanaan duniawi tak pe la. contohnya.


"Takpe la, aku pakai BMW, tak guna Lamborghini pun xpe. Kawan aku tu, pakai Saga je pun. BMW ni bkn aku punya gak, Allah yang punya. Aku pinjam je."

"Takpe la, aku pakai Saga ni. Cukup untuk aku bawa anak bini aku pergi masjid, dengar ceramah. Ada orang tu, guna motor je bawak anak bini."

"Aku ni dah bersyukur ada motor ni, kawan aku tu jalan kaki je. Kalau nak pergi jauh sikit, naik bas, LRT."


"Alhamdulillah, aku boleh lagi nak jalan kaki pergi stesen bas. Aku tengok ada sorang tu, kaki pun takde tapi berusaha untuk cari rezeki."


Faham tak, faham tak?? 
Harta dunia, milik Allah. BMW ke, Lamborghini ke, semua pinjaman dari Allah. Tangan, kaki, telinga, mata, semua milik Allah. Kita? papa kedana, miskin, hina. Bila Allah bagi nikmat, sentiasa la bersyukur.
Senang je nak ucap syukur pada Allah, Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Lailaha illa Allah. Time jalan kaki pun boleh. Ucapan yang sedikit ni, ganjaran dapat banyak berjuta-juta. Mana nak cari bang, camni? Lagi pun, nikmat Allah tak terkira.


Sayangkan Allah pada kita :')
Wasalam.


. Stay Smile =) .


p/s : ada salah, tolong tunjuk ajar :)

Wednesday, 14 March 2012

Memori 5 siblings (cont)

Assalamualaikum..


Selamat pagi sume. Bangun pagi kena cenyum nati awet muda. 


Aku nak sambung yg lepas la. Sebenarnya, asal 5 siblings ni, 6 siblings. Tapi, disebabkan Allah sangat la menyayangi salah seorang dari sibling kami, Ema Suzila, Dia pun ambik Ema dari kami, dari keluarga Ema. Ema tinggalkan kami, bulan Mac tahun lepas sebab asthma. Sedih, aku 2,3 hari ngadap fb Ema, tengok gambar kitorang pergi The Store KB, Mekdi KB, KBMall. Ema pandai men boling dan dia suka men boling. Aritu, kitorang men sampai 2 game. Letih sangat rasa, tapi takpe la sebab Ema cakap, dia rasa sihat sikit bila men boling. Masa tu, kitorang baru je habis final exam semester 3. Lepas men boling, kitorang pegi makan piza. Last day nga Ema. Semester 4, dia extend dan kami memang tak jupe sampai la ari dia tinggalkan kami. Aku ada banyak gambar Ema tapi, tak leh tunjuk kat public, arwah dah takde. Kitorang memang selalu ingat Ema.


Aku berterima kasih jugak kat Allah bila Ema dah takde sebab dia sakit sangat, kelas banyak tinggal, asyik masuk wad. Bila dia masuk wad dulu, dia takde bagi taw sape pun. Kitorang pun cam marah la n pesan, lain kali kalau masuk wad k, ada jadi pape k, sms kitorang. Aku pernah teman dia pergi klinik UiTM sebab masa dok dalam student centre, dia kena asthma. 
Tapi, masa mula-mula aku dapat taw Ema dah takde, aku nangis sampai aku cakap kat mak sedare dia, nape tak bagi dia dok KB je, kan dia cakap dia tak sakit sangat dengan udara KB ni kalau nak banding nga udara Perlis. Aku macam tak leh nak terima hakikat masa tu. Tapi, semua tu memang dah ditetapkan oleh Allah. Ema ditakdirkan jadi kawan kitorang and she still remain in our heart forever. Insya Allah, jika persahabatan kami ikhlas dan kerana Allah, kami pasti akan berjumpa di akhirat :')


Masa pergi pantai Sri Tujuh aritu, kitorang teringat gak dekat Ema. Yati cakap, kalau Ema ad a ni, mesti dia suka. Tapi, tak baik cakap macam tu sebab mungkin Ema bahagia kat sana. Al - Fatihah buat Ema Suzila. Kitorang keluar jalan - jalan pun sebab ni last semester kitorang di kampus KB. Lagipun, sem lepas kitorang takde pun kuar jalan-jalan. pegi kepci dekat kampus tu je la, tu pun jalan kaki. Tak rancang pun sebenarnya nak pergi pantai Sri Tujoh. Tu pun, ada sorang classmate kitorang yang tinggal kat situ ajak pegi umah dia. Best sangat dok kat pantai, berangin je. Dengar bunyi pantai pun, aku rasa dah eksaited cam nak je terjun dalam tu. hehe.


the pantai. yang itam dalam tu, siput pe ntah.

sebenarnya, aku nak ambik gmbr denga siput tu. tapi siput tu kecik sangat.


dari kiri, Yati Farahin Abe Mat Imi Ct

"Ya Allah, berkatilah persahabatan kami, jauhkan lah kami dari perbuatan keji dan mungkar, dan lindungilah kami, ya Allah. Semoga persahabatan kami kekal di dunia dan di akhirat."

Wasalam.
. Stay Smile =) .

Thursday, 8 March 2012

Memori 5 siblings

Assalamualaikum..


Hari tu aku ada citer pasal kenangan masa diploma, memang suatu kenangan yang tak dapat dilupakan. Masa degree ni, aku ada gak kawan baik. Even tak ramai cam diploma dulu, aku tetap rasa yang kawan aku time degree ni, memang betol-betol kawan sebab kitorang saling tolong-menolong, tak berkira sangat, tak pernah gaduh pun. Kitorang epi je, sorang ada masalah, kelima-lima orang akan tahu and we try to solve it. Kalau time ada masa kosong, kitorang borak-borak dan share info pasal isu semasa, freemason, tanda akhir zaman, macam-macam la sebab ada 2 guys dalam 5 orang ni, ada pengetahuan pasal benda camni.


Semalam, kitorang berkumpul 5 beradik, pergi jalan-jalan. This will be our last sem together sebab nanti, masing-masing akan bawak haluan sendiri. Aku sebenarnya harap kitorang boleh dapat kerja sama-sama tapi, semua tu Allah yang tentukan. Bila Allah tentukan sesuatu perkara, seluruh isi alam pun tak dapat mengubahnya. Nanti sambung malam ni ye, insya Allah. Aku ada gambar tapi tak leh masuk laptop ag. 


Wasalam.
. Stay Smile =) .

Tuesday, 6 March 2012

Project Paper

Assalamualaikum..


Hari ni, Alhamdulillah aku berterima kasih kat Allah s.w.t. Pagi tadi, aku ada taklimat project paper kul 9 pagi dan aku siap pakai kul 8.40 gitu. Agak takut la, mana tahu sampai lewat nanti, kena dok belakang lak. Aku dah la tak tahu cane nak start project paper a.k.a thesis aku ni, madam Wanie Malek lak kadang - kadang datang awal. Keluar cabang rumah tadi, keta tak banyak so, aku boleh lintas dengan selamat dan tak perlu berlari lari sampai kecik kepala. Lepas lintas tu, aku jalan nak pergi kat tempat tunggu bas, tak sempat sampai dah ada keta sewa berenti, terima kasih Allah. Sampai kampus tepat kul 9 dan baru ada sorang dalam kelas, Madam pun tak sampai lagi.


12 April dah kena hantar first proposal. Takut sangat, masa cuti sem dah buat sikit tapi aku tak berapa yakin. Nak kena buat balik. Insya Allah, aku boleh buat. Salah satu sifat Rasulullah, tak putus asa so, aku pun tak boleh putus asa. 


Wasalam.
. Stay Smile =) .

Untitled

Assalamualaikum..


Selamat pagi, aku rasa sedih je minggu ni. Aku rasa macam jauh je dari Allah. Ya Allah, tetapkan lah iman ku, janganlah kau balik balik kan hati aku T.T


Aku rasa nak deactivate kot fesbuk aku sebab aku nak fokus kat project paper aku. Tapi belog tetap diupdate sebab aku nak jugak bercerita :)


Bai, nak pegi taklimat untuk thesis aku. Ya Allah, lindungilah aku di sepanjang perjalanan hidup ku. Hanya pada Mu aku berlindung.






mak teh sayang hannan comey <3


Wasalam.
. Stay Smile =) .

Friday, 2 March 2012

kucim yang malang..

Assalamualaikum..


Aku skip jap entri pasal kenangan. Aku nak cite pasal kucing. Memang, memang, memang aku tersangat la kasihkan kucing sama cam aku kasihkan manusia, anak-anak sedara aku la (nape banyak sangat memang?). Ada jugak kawan-kawan aku tak suka kucim ni, tapi diorang juz geli je sebab kucim ni dicipta oleh Allah s.w.t sebagai binatang yang manja, suka gesel-gesel, naik atas riba orang pahtu buat muka comel minta orang gosok-gosok, kiss bla bla bla. Sebenarnya, ni bukan tajuk entry aku, memang aku suka membebel panjang sikit. Al maklum lah kan, aku ni memang banyak cakap sebab orang tua cakap, kalau ada tahi lalat kat bibir ni, banyak cakap. Oke, done -___-'


Aku nak cerita pasal sekor kucim ni, tengok kt bulu-bulu dia tu, dia ni memang comel sebab ekor dia lebat, wane oren campur puteh dan memang dia comel. Tapi... T___T


Hari tu, 28 hb.. Aku baru je balik dari umah klom (kaklong), jalan kaki je pakai payung. Aku nak sampai kat umah je, aku nampak oren tu (nama yg bru je diberi) nak lintas jalan, muka dia nampak len je. Aku pergi dekat dia, "bakpo mung ni kucing?" aku tanya dengan muka yang berkerut kebimbangan. "Meow." Dia jawab nga selow dan aku tahu dia tengah tahan sakit, jalan pun selow je. Aku tengok je la sebab aku ni penakut, muka kucim tu nampak scary. Aku tenung, paha dia luka teruk, dua-dua kaki belakang penuh dengan darah. Aku pelik, ni bukan luka sebab kucim tapi luka sebab manusia. Masa dia nak lintas jalan, ada myvi itam lalu, haa sudah. Aku sekat myvi tu sebab kucim tu jalan selow, cam nak bunuh diri lak. Myvi tu berenti, oren tu pun berenti jalan. Aku nak angkat tapi takut dia sakit, takut sebab muka dia scary, campur sume. Aku pun cakap, "cuh cuh, g nuh." oren pun jalan selow lintas jalan. Pastu aku tinggal dia then balik dan disebabkan itulah, aku menyesal. Nape aku tak angkat dia bawak balik then buh minyak gamat atau ajak kyah g jupe vet T__T. Aku just balik, cite kat mak lepas aku makan baru aku ajap ipan pegi cari. Tak jupe dah, aku doa arap Allah lindungi kucim malang tu. (memang perlu buat dialog ringkas antara aku dan kucim tu)


Semalam, 29 hb malam. Oren datang umah aku! dia tido dekat depan pintu pagar. Tu pun kyah (kak yah) aku inform cakap kucim tu datang cari aku. Cepat-cepat aku keluar bawak tepon mak aku nak buat lampu suluh. Aku penakut, dan aku takut nak pergi dekat tapi, aku beranikan diri jugak sebab ada ipan teman. Aku suluh dia, keadaan dia sangat lah mengerikan bagi aku dan buat aku menjerit "ya Allah." Luka kat paha dia makin besar dari yang aku tengok 28hb tu mungkin sebab isi-isi dia dah kena makan ulat, aku nampak ulat tu, aku tak geli yang tu, aku geli sebab isi paha dia dah takde, idum dia, bengkak dan besar, ada kesan terbakar. Ce korang fikir, ada ke kucim-kucim nak g letak api kat idum dia? mesti la keje manusia yang jahat dan kalau aku nampak diorang seksa kucim, aku takkan teragak-agak nak jerit marah then pukul diorang. Kesian sangat, oren tu, aku leh dengar dia takleh bernafas nga baik, aku panggil, dia tak dengar kot dan dia takde ngiow2. 


Aku gaul nasi nga ikan goreng, letak dekat nga mulut dia nak bagi dia mudah makan, tapi dia tak makan, aku letak kat mulut dia, tak makan jugak. Dia marah aku sebab tak tolong dia aritu ke? Aku masuk pulak pergi ambik air, bila aku keluar, tengok dia dah beralih sikit dari makanan tu, aku pun letak jugak nasi n air tu dekat mulut dia. Aku nangis. 


Pagi tadi.. oren dah takde. Tak tahu mana dia pergi, nasi tu habis dan aku tak tahu dia ke, bapak2 kucim yang datang makan. Aku harap Allah ambik dia sebab aku tengok dia seksa sangat. 


Aku harap sesapa yang seksa kucim ni, kena la bala dari Allah. Kucim ni, makhluk bernyawa berhak hidup sebab diorang takde bagi kemudaratan pada manusia.


gambar hiasan

Allah cipta haiwan paling istimewa untuk jadi peliharaan kita. Kucim binatang kesayangan Rasulullah s.a.w, kita pun kena la sayang kucim jugak. Kalau tak suke sekalipun, jangan la buat camtu :'(


Aku nangis masa taip entry ni T__T
Wasalam